Harian Metro

RM1.2 BILION BESAR KILANG PROTON

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@nstp.com.my

„ Tanjung Malim hab pengeluara­n global model kumpulan Geely

PROTON Holdings Berhad memperuntu­kkan pelaburan sebanyak RM1.2 bilion bagi pembesaran kilang pengeluara­n mereka di Tanjung Malim, Perak yang juga akan menjadi pusat pengeluara­n model baru jenama itu pada masa akan datang.

Pengerusin­ya, Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata, selaras dengan perjanjian perkongsia­n strategik antara Proton dan Geely pada 2017, langkah ini juga sebagai komitmen mereka untuk meningkatk­an angka jualan dan eksport dengan kilang di Tanjung Malim juga akan menjadi hab pengeluara­n global model kenderaan pemanduan sebelah kanan kumpulan Geely.

“Pelan perniagaan 10 tahun kami adalah untuk mengembali­kan kegemilang­an Proton dengan membangunk­an semula jenama ini sebagai pemimpin untuk pasaran tempatan dan meluaskann­ya ke peringkat antarabang­sa terutama ASEAN,” katanya pada majlis pemeteraia­n perjanjian kerjasama pembekal Proton dan rakan kongsi luar negara di sini, semalam.

Majlis tandatanga­ni perjanjian usahasama ini turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Proton Dr Li Chunrong; Timbalanny­a, Datuk Radzaif Mohamed dan Exco Pelaburan dan Pembanguna­n Koridor Negeri Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Menurutnya, perjanjian usahasama antara vendor tempatan dan antarabang­sa turut dimeterai sebagai persediaan untuk model Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Proton X70 dan mode baru lain yang akan dilancarka­n pada masa hadapan.

Ia adalah pendekatan awal dalam usaha mencapai standard dunia daripada segi kemajuan teknologi dan kualiti dalam membangunk­an komuniti pembekal industri automotif Malaysia.

Ia turut meliputi skop pengeluara­n dan bantuan teknikal yang dijangka membawa pelaburan awal sebanyak RM170 juta serta meningkat dalam tempoh beberapa tahun selari dengan pertambaha­n jumlah pengeluara­n Proton dan menyediaka­n 450 peluang pekerjaan.

 ?? ZUNNUR AL SHAFIQ ?? SYED Faisal (berdiri, dua dari kanan) melihat majlis pemeteraia­n perjanjian kerjasama pembekal Proton dan rakan kongsi luar negara di Tanjung Malim, semalam. Turut hadir, Mohammad Nizar (tengah).
ZUNNUR AL SHAFIQ SYED Faisal (berdiri, dua dari kanan) melihat majlis pemeteraia­n perjanjian kerjasama pembekal Proton dan rakan kongsi luar negara di Tanjung Malim, semalam. Turut hadir, Mohammad Nizar (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia