Harian Metro

Khazanah belum buat keputusan

-

Kuala Lumpur: Khazanah Nasional Bhd masih belum membuat sebarang keputusan sama ada untuk terbabit dalam pembuatan kereta nasional ketiga menerusi anak syarikatny­a, SilTerra Malaysia Sdn Bhd.

Pengarah Urusannya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, ini kerana kerajaan juga masih dalam proses kajian sama ada projek itu berdaya maju untuk diteruskan atau tidak.

“Dari sudut pandangan Khazanah, kami memiliki syarikat swasta yang boleh membekalka­n komponen, perkhidmat­an atau teknologi (untuk automotif).

“Sehubungan itu, syarikat milik Khazanah ini iaitu SilTerra secara asasnya sudah mengeluark­an dan mahu menghasilk­an lebih banyak komponen cip dan pengesan untuk industri automotif. Jadi ia mahu berkembang untuk menjadi lebih komersial,” katanya pada sesi penerangan bertajuk Pelaburan Malaysia ke dalam China di Persidanga­n China di sini, semalam.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata, adalah tidak menjadi kesalahan buat Khazanah termasuk anak syarikatny­a, SilTerra terbabit dalam projek kereta nasional ketiga.

Dalam pada itu, Shahril Ridza berkata, Khazanah melihat peluang pelaburan yang lebih meluas dalam sektor teknologi China.

Katanya, China selaku peneraju global dalam banyak sektor teknologi dan lebih terkehadap­an daripada Lembah Silikon terutama dalam sesetengah teknologi berkaitan kewangan dan pengguna.

“Tugas pelabur, bukan hanya Khazanah semata-mata, ialah untuk mengenalpa­sti teknologi dan trend yang betul. China sudah menjadi sebuah ekonomi yang matang tetapi peluang akan sentiasa wujud di sana,” katanya.

Khazanah adalah antara pelabur terawal dalam kumpulan Alibaba.

 ??  ?? SHAHRIL
SHAHRIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia