Harian Metro

Rumah mampu milik

- Nurhayati Abllah cnews@nstp.com.my

„ REHDA bina lebih banyak kediaman di bawah RM500,000

Jumlah rumah kediaman berharga RM500,000 dan ke bawah merangkumi 65 peratus daripada pelancaran baru pada separuh pertama tahun ini berbanding hanya 52 peratus pada 2017, demikian menurut Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA).

Presidenny­a, Datuk Soam Heng Choon berkata, lebih banyak rumah mampu milik berharga RM500,000 ke bawah akan dibina pada separuh kedua ini bagi memenuhi permintaan dalam segmen pasaran hartanah sedemikian.

Malah, katanya, kebanyakan negeri akan melancarka­n projek hartanah mereka yang berharga antara RM100,001 hingga RM500,000 manakala bagi Pulau Pinang dan Selangor dalam lingkungan harga RM500,001 hingga RM700,000.

“Bagi Kemaman, Terengganu dan Pasir Mas, Kelantan nilai hartanah yang dilancarka­n dianggarka­n RM100,001 hingga RM250,000 manakala Kedah/Perlis (Pendang/Chuping), Ayer Keroh, Melaka, Karak, Penor (Pahang), Seremban, Seremban 2 (Negeri Sembilan), Kerinchi (Kuala Lumpur), Kuala Kangsar, Kamunting (Perak) dan Kulai, Tebrau di

Johor bernilai RM250,001 hingga RM500,000.

“Sementara di Seberang Prai dan Jelutong di Pulau Pinang serta Shah Alam dan Petaling Jaya di Selangor bernilai RM500,001 hingga RM700,000,” katanya pada taklimat media mengenai Tinjauan Industri Hartanah Separuh Pertama 2018 dan Unjuran Pasaran bagi Separuh Kedua 2018 dan Separuh Pertama 2019, semalam.

Beliau berkata, pada separuh kedua tahun ini, pemaju merancang untuk melancarka­n 15,852 unit kediaman terdiri daripada 8,991 unit strata, 6,433 kediaman bertanah dan 428 unit komersial.

“Meskipun dua pertiga daripada responden menjangkak­an prestasi jualan mereka akan merosot kira-kira 50 peratus dan ke bawah, majoriti menjangkak­an prospek pasaran optimis bagi sektor hartanah pada tahun depan,” katanya.

Pada separuh pertama 2018, sejumlah 65 peratus daripada pelancaran hartanah terdiri daripada rumah mampu milik berharga RM500,000 dan ke bawah, berbanding 52 peratus pada separuh kedua 2017 dan 44 peratus pada separuh pertama 2017.

Kebanyakan pembeli juga terdiri daripada 97 peratus warga tempatan manakala bakinya daripada rakyat luar negara.

Dalam perkembang­an lain beliau berkata, REHDA mencadangk­an unit perumahan kuota Bumiputera perlu dijual ke pasaran bebas bagi mengelak daripada berlaku lambakan unit kediaman tidak terjual di negara ini.

Katanya, penjualan itu boleh dibuat selepas tempoh enam bulan jika unit kuota berkenaan tidak terjual kepada Bumiputera.

“Mekanisme pelepasan unit perumahan kuota Bumiputera perlu diseragamk­an di seluruh negeri. Setakat ini, Selangor dan Pulau Pinang menjalanka­n pelepasan unit Bumiputera ke pasaran terbuka selepas tempoh enam bulan.

“Oleh itu, mekanisme atau proses sama boleh dicontohi negeri lain yang mana dilihat lebih telus serta membantu mengurangk­an lebihan unit kediaman tidak terjual,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, kerajaan perlu menyemak semula polisi kuota Bumiputera untuk lebih telus dan menjadikan­nya satu mekanisme pelepasan secara automatik jika ia tidak terjual. AmBank Group memperkena­lkan laman web perdaganga­n terbaru www.amequities.com.my (AmEquities) yang menawarkan penampilan baru, reka bentuk lebih jelas dan dilengkapi pelayaran laman web lebih menyeluruh dan mudah.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a, Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata, platform baru yang direka bentuk semula itu membolehka­n pelanggan yang celik teknologi menguruska­n pelaburan mereka bila-bila masa dan di mana saja.

“AmEquities akan menjadikan pelaburan mudah dan selesa dalam era mudah alih di mana ia melengkapk­an tawaran digital Kumpulan dan menarik golongan milenial sebagai generasi baru pelabur kami,” katanya pada pelancaran laman web AmEquities di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif AmInvestme­nt Bank Berhad (AmInvestme­nt), Seohan Soo.

Laman web baru itu menawarkan peningkata­n penggunaan bagi pengguna komputer peribadi dan turut boleh diakses melalui aplikasi AmEquities sama ada bagi pengguna iOS dan Android melalui telefon pintar, tablet dan jam pintar.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia