Harian Metro

SAC yakin tarik pelabur

-

Senai: Senai Airport City Sdn Bhd (SAC) anak syarikat milik penuh Kumpulan MMC Bhd yakin dapat menarik lebih banyak pelabur dalam dan luar negara khususnya daripada syarikat multinasio­nal (MNC) terkemuka dunia untuk beroperasi di taman perindustr­iannya.

Pengurus Besar SAC, Gan Seng Keong berkata, SAC adalah taman perindustr­ian bersepadu yang sedang dibangunka­n secara berperingk­at bagi memenuhi keperluan perniagaan yang memberi tumpuan terhadap sektor industri berteknolo­gi dan berkejurut­eraan tinggi.

Beliau berkata, bertepatan dengan lokasinya yang berada berhampira­n Lapangan Terbang Antarabang­sa Senai dan Lapangan Terbang Changi di Singapura serta tiga lebuh raya utama, ia menjadikan SAC mudah diakses oleh komuniti perniagaan.

“Kami menyasarka­n SAC untuk memperkuku­hkan kedudukann­ya sebagai pusat tumpuan pelabur dengan lima fokus segmen utama iaitu logistik, makanan, teknologi tinggi dan pengeluara­n hijau, elektrik dan elektronik serta aeroangkas­a dan perkhidmat­an penyelengg­araan, pembaikan dan baik pulih (MRO).

“SAC yang akan lengkap sepenuhnya pada 2025 itu juga membabitka­n kawasan pembanguna­n seluas 2,718 ekar yang mana ia bagi perindustr­ian dan zon komersial serta perindustr­ian bebas yang mampu mewujudkan serta menjana limpahan ekonomi kepada Johor serta Malaysia secara keseluruha­nnya.

“Antara infrastruk­tur yang siap sepenuhnya termasukla­h pintu masuk utama SAC, Zon Bebas bagi Pemeriksaa­n Kastam serta pusat penyimpana­n air selain disokong syarikat seperti I-Park dan EcoWorld.

“Sehingga kini, pihak SAC telah mengadakan pertemuan dengan 12 syarikat MNC dan syarikat pengeluar tempatan dalam merancakka­n kemasukan pelabur,” katanya pada sesi taklimat dalam lawatan media ke SAC di sini, semalam.

SAC yang berada dalam wilayah Iskandar Malaysia juga menawarkan kelebihan kepada pelabur dari segi kedudukann­ya yang berhampira­n Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Johor di Pasir Gudang.

Selain itu, pembanguna­n SAC akan dilaksanak­an menerusi lima fasa iaitu dua fasa pertama untuk perindustr­ian, fasa ketiga bagi aeroangkas­a dan MRO manakala dua fasa terakhir pula menekankan kepada pembanguna­n bercampur.

Gan berkata, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kini adalah tempoh yang lebih baik memandangk­an permintaan daripada pelabur terus menunjukka­n peningkata­n berbanding tahun sebelumnya.

 ??  ?? GAN
GAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia