Harian Metro

48 JAM MERAYAU

- Agensi

„ Budak lelaki ditemui berjalan di tepi lebuh raya selepas keluarga maut dalam nahas

Seorang budak lelaki berusia enam tahun merayau berseorang­an tanpa disedari di pinggir lebuh raya yang sibuk selama 48 jam selepas keluargany­a maut dalam nahas ketika pulang daripada sambutan hari jadi ibunya.

Gambar menyayat hati menunjukka­n Benjamin Monare duduk di tepi lebuh raya dengan diselimuti baju sejuk besar oleh pemandu yang menemuinya, lapor Daily Mirror.

Benjamin yang satu-satunya terselamat dalam nahas berkenaan mengalami penyahhidr­atan teruk, malah trauma dengan kejadian berkenaan sehingga tidak dapat bercakap, dan pada mulanya sukar ingat nama atau usianya sendiri.

Mayat bapanya, Alessandro, 37, ibu, Belkis, 35, serta abangnya Samuel, lapan, ditemui dalam kereta yang terbabas dalam parit di tepi lebuh raya di Minas Gerais. Media melaporkan, keluarga terbabit baru pulang daripada percutian selama empat hari sempena sambutan hari jadi Belkis, pagi Ahad lalu.

Benjamin dipercayai pada mulanya turut terperangk­ap dalam kereta itu tetapi berjaya keluar dan memanjat sisi parit ke bahu jalan. Dia akhirnya ditemui pagi Selasa.

Siasatan awal menunjukka­n kereta dinaiki keluarga malang itu dirempuh kenderaan lain di sisinya menyebabka­nnya terbabas. Kenderaan kedua itu masih belum dikesan.

Kereta itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar kerana terlindung di sebalik belukar walaupun lebuh raya itu sibuk.

Benjamin dilaporkan hanya cedera ringan dan tidak makan atau minum sehingga ditemui.

Dia dilaporkan memberitah­u penyelamat kereta itu ‘jatuh’ namun tidak dapat ingat apa-apa mengenai kejadian berkenaan.

Kali terakhir kereta itu dilihat menerusi kamera polis di lebuh raya pada jam 10 pagi.

Polis lebuh raya dan bomba membuat pencarian sepanjang lebuh raya itu sebelum turut disertai anggota keluarga mangsa, lapor portal berita tempatan, Globo.com.

Benjamin ditemui pada pagi Selasa ketika penyelamat baru merancang menggunaka­n dron untuk mengesan mereka.

Sementara itu, ibu saudara Benjamin, Berenie Landim, 33, berkata: “Mereka meninggalk­an Caldas Novas pada jam 8.30 pagi Ahad lalu dan dijangka tiba pada petang sama. Kami memang berhubung dengan mereka sepanjang itu, namun tiba-tiba gagal dihubungi menyebabka­n kami risau.

“Kami membuat laporan polis dan menyebarka­n berita kehilangan mereka di media sosial dengan harapan ada pihak yang mungkin terlihat kereta mereka.”

 ??  ?? KERETA keluarga Benjamin tersorok di sebalik belukar. Gambar kecil, Benjamin ditemui di tepi lebuh raya dua hari selepas nahas. - Agensi
KERETA keluarga Benjamin tersorok di sebalik belukar. Gambar kecil, Benjamin ditemui di tepi lebuh raya dua hari selepas nahas. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia