Harian Metro

Mati teksi dihanyut banjir

-

Madrid: Sepasang suami isteri warga Britain antara enam mangsa korban banjir di pulau Majorca, Sepanyol selepas teksi dinaiki mereka dihanyutka­n air deras selepas tebing sungai pecah.

Daily Mail melaporkan, kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam kelmarin, susulan hujan lebat tanpa henti selama dua jam.

Pemandu teksi masih hilang bersama tiga mangsa yang lain.

Jurucakap perkhidmat­an kecemasan berkata: “Pasangan itu berada di dalam teksi dan hanyut dibawa arus banjir.

“Mayat mereka ditemui di dalam kereta.”

Penduduk menceritak­an bagaimana mereka terpaksa berenang menyelamat­kan diri apabila dinding rumah runtuh dan hanya mampu melihat mangsa yang hanyut di dalam kereta.

“Kami berada di rumah ketika tebing sungai pecah dan mula menghanyut­kan kenderaan. Air masuk melalui pintu dan tingkap,” kata seorang penduduk.

Seorang lagi berkata: “Saya terpaksa berenang untuk menyelamat­kan diri. Saya nampak kereta hanyut dengan mangsa di dalamnya.”

Sementara itu, datuk bandar Sant Llorenc, Rosario Sanchez mengesahka­n mangsa yang maut terdiri daripada tiga lelaki dan tiga wanita.

Antara yang maut termasuk bekas datuk bandar Arta, Rafel Gili yang keretanya dihanyutka­n ke laut.

Dua warga emas lelaki dan wanita dilaporkan terperangk­ap di dalam rumah, manakala mangsa keenam pula ditemui mati di bandar S’llot. - Agensi

 ??  ?? ORANG ramai melihat kerosakan akibat banjir termasuk kereta saling bertindih. - Agensi
ORANG ramai melihat kerosakan akibat banjir termasuk kereta saling bertindih. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia