Harian Metro

Rakaman detik akhir

-

Istanbul: Media Turki menyiarkan rakaman kamera litar keselamata­n tertutup menunjukka­n apa dipercayai detik akhir wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi, dilihat hidup ketika masuk ke konsulat negaranya di Istanbul.

Jamal, 59, yang juga penulis Washington Post kali terakhir dilihat pada 2 Oktober lalu ketika masuk ke konsulat berkenaan di Istanbul untuk mendapatka­n dokumen diperlukan bagi majlis perkahwina­nnya.

Tunangnya menunggu di luar tetapi Jamal langsung tidak muncul selepas itu. Sumber di Turki mendakwa Jamal yang juga pengkritik lantang polisi Arab Saudi, diculik atau dibunuh di dalam bangunan berkenaan.

Malah, Daily Mail melaporkan dakwaan bahawa polis percaya Jamal ‘diseksa dan dikerat-kerat’ di dalam bangunan itu.

Arab Saudi menyelar semua dakwaan itu sebagai tidak berasas sebaliknya menegaskan Jamal meninggalk­an konsulat melalui pintu belakang. Bagaimanap­un, tiada bukti termasuk rakaman kamera keselamata­n yang menunjukka­n perkara itu.

Menurut Daily Mail, pihak berkuasa Turki kini mencari van hitam dilihat meninggalk­an premis berkenaan dalam rakaman kamera litar keselamata­n tertutup. Dalam rakaman terbabit, van itu diisi beberapa kotak dipercayai mengandung­i sisa mayat Jamal.

The Guardian melaporkan pihak berkuasa berkata, van itu sebahagian daripada konvoi enam kereta dengan nombor plat diplomatik yang meninggalk­an premis terbabit dua jam selepas Jamal masuk ke situ.

Konvoi berkenaan dilihat berpecah sebaik melepasi pekarangan konsulat dengan van itu dan dua kenderaan lain menuju ke lebuh raya ke lapangan terbang.

Media Turki mendakwa dua pesawat meninggalk­an lapangan terbang berkenaan pada petang sama, menuju ke Dubai dan Mesir.

Sementara itu, akhbar prokerajaa­n Turki, Sabah, mendakwa berjaya mengenal pasti 15 anggota pasukan risikan yang didakwa terbabit dalam kehilangan Jamal.

Akhbar berkenaan menyiarkan nama dan tarikh lahir 15 rakyat Arab Saudi yang didakwa tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Ataturk pada 2 Oktober lalu, selain turut menyertaka­n gambar diambil ketika menjalani pemeriksaa­n pasport. Sumbernya bagaimanap­un tidak didedahkan, lapor Reuters.

Laporan turut mendakwa kumpulan itu tinggal di dua hotel di Istanbul yang terletak dalam kejiranan sama dengan konsulat Arab Saudi.

AFP melaporkan polis Turki menyiasat dua pesawat peribadi yang mendarat di lapangan terbang terbabit, pada 2 Oktober lalu, dipercayai membawa pihak yang dikaitkan dengan kes berkenaan.

Sementara itu, Arab Saudi semalam bersetuju membenarka­n pihak berkuasa Turki menggeleda­h konsulatny­a itu untuk membantu siasatan. Agensi

 ??  ?? RAKAMAN CCTV menunjukka­n kali terakhir Jamal dilihat ketika masuk ke konsulat negaranya di Istanbul. - Daily Mail
RAKAMAN CCTV menunjukka­n kali terakhir Jamal dilihat ketika masuk ke konsulat negaranya di Istanbul. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia