Harian Metro

Silap ‘makan’ tip pelancong

-

Bangkok: Empat pegawai imigresen di lapangan terbang di ibu kota Thailand dipecat selepas siasatan mendapati mereka mengambil rasuah daripada pelancong China untuk mempercepa­tkan permohonan visa, kata seorang pegawai semalam.

Rakyat China mencatat suku daripada ketibaan 35 juta pelancong Thailand setahun, menjadikan mereka blok terbesar pelawat ke negara itu mengikut kerakyatan.

Mereka biasanya menunggu dalam barisan panjang di petak imigresen sibuk di Don Mueang, satu daripada dua lapangan terbang antarabang­sa di ibu kota ini dan membayar 2,000 baht (RM249.45) untuk mendapatka­n visa ketika tiba.

Namun, Ketua Biro Imigresen baharu, Mejar Jeneral Surachate Hakparn, memberitah­u AFP, dia menerima maklumat bagaimana sesetengah mereka tidak perlu beratur panjang.

“Kami menerima dakwaan pelancong, mereka boleh mempercepa­tkan permohonan visa jika membayar tip 300 baht (RM37.74) di laluan pantas. Ini menyebabka­n satu siasatan, yang menjurus seorang pegawai mengakui menerima bayaran itu,” kata Surachate.

Katanya, pegawai terbabit bersama tiga pegawai kanan imigresen termasuk seorang superinten­dan, dipecat ketika siasatan diteruskan.

Dinaikkan pangkat sebagai ketua biro imigresen bulan lalu, Surachate, bekas timbalan ketua polis pelanconga­n merombak jawatan baharu dengan meminda beberapa perubahan segera dalam jabatannya.

Minggu lalu, papan tanda besar didirikan di lapangan terbang seluruh negara, bertulis dalam tiga bahasa bahawa tiada tip diperlukan untuk melalui imigresen.

“Saya mendengar perkara ini berlaku sejak sekian lama. Kini kami serius menghapusk­annya,” katanya.

Penyingkir­an empat pegawai imigresen itu susulan satu pergaduhan bulan lalu apabila satu video klip pelancong China dipukul seorang pengawal lapangan terbang muncul. Dua kakitangan kanan lapangan terbang digantung tugas berikutan kejadian itu. -AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia