Harian Metro

Mati bumbung tercabut

„ 51 maut selepas bas terbabas, terbalik jatuh cerun

- Agensi

Sekurang-kurangnya 51 orang terbunuh selepas bas yang dinaiki terbalik dalam cerun ketika nahas jalan raya yang turut menyebabka­n bumbung kenderaan itu tercabut di Nairobi, Kenya, awal pagi semalam.

AFP melaporkan, bas yang membawa 52 penumpang itu dalam perjalanan dari Nairobi ke Kakamega.

“Sangat malang, 51 orang hilang nyawa,” kata Ketua Polis Kenya, Joseph Boinnet kepada stesen radio Capital FM.

Pegawai Trafik Wilayah Lembah Rift, Zero Arome berkata, bas itu terbalik hingga menyebabka­n bumbungnya tercabut sepenuhnya. Persatuan Palang Merah Kenya dalam kenyataan di Twitter berkata, kenderaan terbabit terbalik, namun maklumat lanjut mengenai nahas masih tidak diketahui.

BBC melaporkan, kanak-kanak antara mangsa yang terbunuh dalam kejadian itu.

Menurut akhbar Daily Nation, beberapa saksi mendakwa terdengar bunyi kuat serta jeritan mangsa.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meletakkan kedudukan Kenya sebagai negara yang mempunyai jalan raya paling tidak selamat disebabkan keadaannya terlalu berbahaya.

Disember lalu, 36 orang maut apabila lori bertembung bas yang menuju ke arah Nairobi dalam kejadian berhampira­n Migaa.

Pada 2016 pula, beberapa kenderaan terbakar dalam kemalangan membabitka­n sebuah lori tangki minyak di Naivasha yang mengakibat­kan lebih sepuluh kematian.

 ??  ?? KEMALANGAN bas di Kenya meragut sekurang-kurangnya 51 nyawa. KEADAAN bas yang terbalik hingga menyebabka­n bumbungnya tercabut. - Agensi
KEMALANGAN bas di Kenya meragut sekurang-kurangnya 51 nyawa. KEADAAN bas yang terbalik hingga menyebabka­n bumbungnya tercabut. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia