Harian Metro

Rahsia jaguh dunia

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@nstp.com.my

„ Latihan berterusan, fokus penuh resepi kejayaan Latif, Ridzuan

Misi yang jelas serta keinginan tinggi mendorong dua atlet para negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Abdul Latif Romly memenangi emas selepas mempamer aksi cemerlang dengan mencipta rekod baru dunia dalam acara masing-masing di Sukan Para Asia 2018 di Jakarta, kelmarin.

Ketua jurulatih olahraga paralimpik negara, R Jeganathan berkata, fokus dan latihan yang berterusan sebaik berakhir temasya Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (Para KL2017), September tahun lalu juga antara tonik kejayaan anak buahnya di Jakarta.

“Latihan untuk Ridzuan bermula selepas berakhir Sukan Para ASEAN. Ketika itu, kita tentukan untuknya memenangi acara 100 meter (di Sukan Para Asia) sebab pada tahun lalu dia tewas kepada pelari dari China di Kejohanan Dunia.

“Proses persiapan melalui beberapa fasa dengan pertamanya fasa ‘conditioni­ng’ sehingga April, latihan spesifik sehingga Jun dan kemudian menyertai kejohanan.

“Yang agak berbeza tahun ini ialah saya mencampurk­an mereka berlatih dengan atlet normal. Daripada situ nampak peningkata­n Ridzuan, manakala (Abdul) Latif juga memulakan latihan dalam tempoh sama dengan sasaran utama meraih emas di Indonesia,” katanya.

Jelas Jeganathan, tidak kira sama ada Ridzuan atau pun Abdul Latif, semua atlet para negara diletakkan sasaran tertentu.

“Untuk sesi latihan pula bukanlah setiap hari atlet perlu melakukan catatan terbaik. Ada hari yang mereka dapat lakukan hanya 75 peratus daripada catatan peribadi terbaik dan mungkin kurang atau jauh lebih baik pada hari-hari yang lain.

“Sebagai jurulatih kami perlu tahu apa matlamat setiap atlet dan sehingga tahap mana yang dirasakan mampu dilakukan oleh atlet itu.

“Ia adalah kaedah biasa tapi kami perlu faham apakah keperluan setiap atlet,” katanya.

Kelmarin, Mohamad Ridzuan mencatat masa 11.87 saat dalam acara 100m T36 lelaki (cerebral palsy), sekali gus memadam rekod terdahulu 11.90 saat yang dicipta atlet Russia, Evgenii Shvetcov pada Kejohanan Paralimpik Dunia IPC di Lyon, Perancis pada 2013.

Abdul Latif turut mempamerka­n aksi terbaik dengan memperbaha­rui rekod dunia miliknya sendiri dalam acara lompat jauh T20 lelaki (masalah pembelajar­an).

Dia melakukan lompatan sejauh 7.64 meter, sekali gus memadamkan rekod terdahulu miliknya 7.60 meter yang dilakar pada Sukan Paralimpik Rio 2016 di Brazil.

 ??  ?? RIDZUAN ceria memperagak­an pingat emas dimenangin­ya.
RIDZUAN ceria memperagak­an pingat emas dimenangin­ya.
 ??  ?? LATIF perbaharui rekod dunia dengan lompatan 7.64 meter.
LATIF perbaharui rekod dunia dengan lompatan 7.64 meter.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia