Harian Metro

Skuad remaja negara diratah Britain

- Rizar Mohd Noor sukanteam@nstp.com.my

Johor Bahru: Skuad remaja negara terus mempamer aksi longlai apabila mudah diratah Britain 1-5 di kejohanan Piala Sultan Johor yang berlangsun­g di Stadium Hoki Taman Daya, semalam.

Kekalahan itu menyaksika­n skuad remaja negara bakal beraksi dalam perlawanan klasifikas­i 5/6 sekali gus mengulangi pencapaian edisi lalu iaitu di tempat kelima ketika di bawah bimbingan Wallace Tan.

Mungkin tidak bersedia dengan jawapan, jurulatih, Nor Saiful Zaini Nasiruddin menolak untuk ditemurama­h wartawan.

Ketua jurulatih Britain, Jon Bleby meluahkan rasa puas hati dengan kemenangan yang membuka peluang pasukannya untuk layak ke final buat kali kedua berturut-turut.

“Gembira dengan prestasi pemain. Walaupun Malaysia beri tekanan tapi kami berjaya menyerap asakan mereka dan mengekalka­n momentum. Aksi seterusnya menentang India dan kami letak sasaran untuk menang dan kami pernah tewaskan mereka.

“Keyakinan kami tinggi dan saya percaya mampu tundukkan mereka,” kata Bleby.

Sementara itu, dalam perlawanan awal, India mengesahka­n slot ke final selepas menewaskan juara bertahan Australia 5-4.

Walaupun berbaki satu perlawanan menentang Britain, apa saja keputusan yang bakal diperoleh tidak akan menjejaska­n kedudukan India di kelompok teratas kejohanan.

Malaysia mula ketinggala­n apabila Britain menjaringk­an gol pertama menerusi pukulan sudut penalti yang disempurna­kan Daniel West pada minit keenam.

Bagaimanap­un, gol itu hanya bertahan selama lima minit dan skuad negara bangkit menyamakan jaringan menerusi pukulan sudut penalti Nur Asyraf Ishak.

Kealpaan benteng pertahanan Malaysia mengakibat­kan mereka dihukum Britain untuk kembali mendahului 2-1 pada minit ke-13 menerusi kapten, James Oates sebelum Duncan Scott menambah gol ketiga pada minit ke-26.

Thomas Russell menambah duka skuad negara apabila menjaringk­an gol keempat pada minit ke-39 sebelum Cameron Golden memastikan kemenangan bergaya buat Britain dengan gol kelima.

 ??  ?? NOR SAIFUL
NOR SAIFUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia