Harian Metro

Nama Gavin bawa tuah

- Farah Azharie farahazhar­ie@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Ben Leong

yang tewas di tangan Gavin Green ketika sesi Kelayakan Kebangsaan CIMB berkata, kelibat pendahulu Order of Merit Jelajah Asia 2017 itu sering membawa tuah buatnya.

“Mungkin saya akan namakan anak lelaki kedua saya Gavin. Gavin ternyata banyak membawa tuah dan saya rasa perlu membalasny­a. Saya rasa anda tentu masih ingat saya bermain di kelayakan CIMB 2016 dan tewas satu pukulan di belakang Gavin,” kata Ben.

“Saya tidak berkecil hati ketika itu. Setiap yang berlaku ada sebabnya dan saya sentiasa berfikiran positif. Jadi sekarang saya di sini.”

Juara Selangor Masters 2008 itu kembali ke TPC Kuala Lumpur selepas pemain nombor satu negara dan wakil Olimpik 2016, Gavin memilih untuk kekal di Eropah bagi menyertai British Masters yang bermula hari ini.

Ben yang menamatkan kejohanan Yeangder TPC di tangga keenam hujung minggu lalu, tampil di CIMB

(gambar)

Classic kali ini tanpa harapan tinggi namun akan cuba menikmati peluang beraksi dalam acara Jelajah PGA serta bersaing dengan ramai pemain terbaik dunia.

“Ia cukup mengujakan, bermain di TPC KL, acara Jelajah PGA dan beraksi dalam kalangan nama-nama besar. Saya tidak meletakkan harapan tinggi walaupun ia adalah minggu yang baik.

“Saya banyak belajar (daripada CIMB Classic 2015). Anda tidak boleh membuat kesilapan dalam Jelajah PGA, mereka cukup handal dan anda langsung tidak boleh mencatat pusingan buruk di sini. Satu pusingan buruk, habislah peluang anda. Bukan setakat untuk menang, berada dalam kelompok tinggi pun sukar,” katanya.

Selain Ben, seorang lagi pemain negara yang akan beraksi di CIMB Classic tahun ini ialah Jeremiah Kim Leun Kwang yang membuat penampilan sulung selepas memenangi Kejuaraan Kebangsaan CIMB pada 28 September lalu.

Ben akan memulakan pusingan pertama bersama pemain Amerika Syarikat (AS), Brian Gay dan Ryan Palmer manakala Jeremiah disertai James Hahn dan Bronson Burgoon.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia