Harian Metro

Rezeki berganda

- AFP

„ Selepas muncul juara, Koepka diumum pemain terbaik Jelajah PGA

Brooks Koepka yang muncul juara Terbuka AS dan Kejuaraan PGA tahun ini, diumumkan sebagai Pemain Terbaik Tahunan Jelajah PGA Amerika Syarikat selepas mengunggul­i undian dalam kalangan pemain jelajah.

Pemain AS berusia 28 tahun itu memenangi Trofi Jack Nicklaus selepas kempen 2017-18 yang bersejarah apabila menyaksika­n dia mempertaha­nkan gelaran Terbuka AS di Shinnecock sebelum menafikan kejuaraan utama ke-15 Tiger Woods pada pusingan akhir mendebarka­n di Bellerive, Ogos lalu.

Koepka yang terlepas hampir empat bulan awal tahun ini kerana kecederaan pergelanga­n tangan kiri, turut meraih empat penamat 10 terbaik musim ini, termasuk naib juara pada kejohanan Juara-Juara HSBC WGC dan di Colonial.

“Koepka mencetus satu fenomena baru dalam Jelajah PGA dan anda menyaksika­n keputusan tahun ini dengan musim bersejarah pada kejohanan utama,” kata pesuruhjay­a jelajah, Jay Monahan.

“Pencapaian ini diraih sekalipun terlepas banyak masa kerana kecederaan, bukti terhadap etika kerja dan ketabahann­ya sepanjang musim.”

Finalis lain bagi anugerah itu termasuk pemain England, Justin Rose, juara Terbuka British, Francesco Molinari dari Itali dan pemain AS, Dustin Johnson, Bryson DeChambeau dan Justin Thomas.

Koepka muncul pemain pertama sejak Curtis Strange pada 1988-89 untuk memenangi kejuaraan Terbuka AS berturut-turut, kemudian merangkul trofi utama ketiganya pada Kejuaraan PGA ke-100 dengan rekod kejohanan 16 bawah par 264 bagi 72 lubang.

Dia juga muncul pemain kelima memenangi Terbuka AS dan PGA pada musim sama dan pemain kelima AS sejak 1945 menang tiga kejohanan utama sebelum berusia 29 tahun.

(gambar)

 ??  ?? KOEPKA muncul pemain pertama sejak Curtis Strange pada 1988-89 untuk memenangi kejuaraan Terbuka AS berturut-turut.
KOEPKA muncul pemain pertama sejak Curtis Strange pada 1988-89 untuk memenangi kejuaraan Terbuka AS berturut-turut.
 ??  ?? MOLINARI turut tersenarai.
MOLINARI turut tersenarai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia