Harian Metro

Maddison pacu jentera tengah Three Lions

-

Burton-On-Trent, England: Biarpun tonggak tengah Leicester City, James Maddison baru dua bulan membuat penampilan di Liga Perdana Inggeris, namun impak yang diciptanya berjaya mencuri perhatian ramai dan menjadi taruhan terbaik skuad England kendalian Gareth Southgate untuk menjana bahagian tengah pasukan.

Selepas berpindah dari Norwich City yang beraksi di Liga Kejuaraan dengan harga £22 juta (RM120 juta) awal musim ini, Maddison sudah beraksi dalam semua lapan aksi liga dan dijangka mewakili England berdepan Croatia dan Sepanyol pada aksi Liga Negara Eropah.

Dia yang berusia 21 tahun, beraksi mantap terutamany­a ketika aksi pertama liga menentang Manchester United di Old Trafford yang menyaksika­n Maddison menjadi perhatian kamera televisyen sepanjang perlawanan yang dimenangi tuan rumah 2-1.

“Ia kenangan cukup manis buat saya apabila aura penyokong yang memenuhi segenap stadium menaikkan motivasi untuk melakukan aksi terbaik di Liga Perdana.

“Anda akan dapat saksikan kamera televisyen di sekeliling padang yang tidak ada di Liga Kejuaraan dan saya berkata kepada diri sendiri, inilah saatnya selepas berusaha terlalu lama dan saya akan melakukan yang terbaik.

“Saya beraksi sebaik mungkin pada aksi pertama itu di Old Trafford dan ia kekal sebagai kenangan yang terpahat sampai pada 20 Oktober.

Matic yang menyertai United dari Chelsea tahun lalu, sudah melakukan lapan penampilan bersama kelab itu musim ini.

Pemain berusia 30 tahun itu menyertai Luke Shaw dalam bilik rawatan selepas pertahanan kiri itu menarik diri daripada skuad England kerana kecederaan Isnin lalu.

Serbia berdepan Montenegro di Podgorica awal pagi Jumaat ini dan Romania di Bucharest tiga hari kemudian. - Reuters bila-bila,” katanya.

Pada aksi itu, Maddison dilihat lebih dominan menguasai bahagian tengah dengan hantaran tepat serta kreatif dalam merancang serangan yang nyata sekali menenggela­mkan aksi pemenang Piala Dunia dari Perancis, Paul Pogba.

Ia sekali gus memberi pilihan tambahan kepada Southgate untuk memperkuat­kan jentera tengah England dengan Maddison mampu merencana serangan lebih kreatif.

“Saya sentiasa mempunyai keyakinan. Saya tidak gentar walaupun baru (England) kerana saya percaya mampu memberi sumbangan kepada pasukan. Apa pun, saya akan lakukan yang terbaik jika diberi kepercayaa­n oleh jurulatih,” katanya. - Reuters

 ?? James Maddison ?? MATIC (kanan) tarik diri sertai skuad kebangsaan. Saya sentiasa mempunyai keyakinan. Saya tidak gentar walaupun baru (England) kerana saya percaya mampu memberi sumbangan kepada pasukan”
James Maddison MATIC (kanan) tarik diri sertai skuad kebangsaan. Saya sentiasa mempunyai keyakinan. Saya tidak gentar walaupun baru (England) kerana saya percaya mampu memberi sumbangan kepada pasukan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia