Harian Metro

SEDIA ORANJE AMPUH

- Reuters

„ Koeman janji turun barisan terbaik berdepan Jerman

Zeist, Belanda Amsterdam dan PSV Eindhoven yang mahu menyimpan pemain mereka bagi saingan penting Liga Juara-Juara hujung bulan ini, namun menegaskan beliau tidak akan menyimpan sesiapa.

“Saya memang faham kedudukan jurulatih kelab. Saya pernah mengalami perkara sama sebelum ini. (Jurulatih Ajax) Erik ten Hag contohnya, meminta saya untuk memerhatik­an bebanan pemainnya dan kami akan melihat bagaimana prestasi mereka minggu ini, tapi saya tidak akan menyimpan sesiapa.”

Ia termasuk pemain tengah bawah 21 tahun Ajax, Frenkie de Jong, yang tidak bermain dalam perlawanan terakhir kelab kerana kecederaan betis.

“Bagi saya jika anda berada di bangku simpanan, anda cergas untuk bermain,” kata Koeman.

Ajax bertemu Benfica pada 23 Oktober depan di laman sendiri apabila Liga Juara-Juara bersambung, manakala PSV menanti kehadiran Tottenham Hotspur keesokan harinya.

Ajax menang sekali dan seri sekali dalam dua perlawanan awal, manakala PSV dan Spurs masing-masing menunggu mata sulung mereka.

Belanda memiliki dua wakil pada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak 2010, namun pasukan kebangsaan juga berharap untuk menukar nasib mereka sesudah terlepas Piala Dunia dan Kejohanan Eropah yang lalu.

Pertembung­an awal pagi Ahad ini di Amsterdam adalah yang kedua buat kedua-dua negara dalam Liga Negara Eropah dan Belanda akan bermain perlawanan persahabat­an berdepan jiran, Belgium di Brussels, Selasa depan.

Belanda tewas 1-2 di tangan juara dunia, Perancis bulan lalu, manakala Jerman seri 0-0 dengan Les Bleus di laman sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia