Harian Metro

Saha kecam Pogba

- Reuters

„ Bintang Perancis itu keluar kenyataan merendahka­n Mourinho dengan komen tak menyenangk­an

Bekas penyerang Manchester United, Louis Saha mengkritik pemain tengah Perancis, Paul Pogba kerana mengeluark­an kenyataan merendahka­n pengurus Jose Mourinho dengan pelbagai komen tidak menyenangk­an.

Berikutan keputusan seri 1-1 dengan Wolverhamp­ton Wanderers dalam saingan Liga Perdana Inggeris bulan lalu, Pogba menyatakan United sepatutnya lebih banyak menyerang di Old Trafford.

Rakan senegarany­a, Saha yang bermain di kelab itu antara 2004-08 memberitah­u, pemain berusia 25 tahun itu sepatutnya tidak meluahkan apa yang dirasanya.

“Saya rasa dia (Pogba) sengaja melakukann­ya dan saya percaya tindakan itu tidak betul,” kata Saha, 40.

“Ia cara komunikasi yang salah, dia meletakkan tekanan terhadap pengurus... dengan cakap-cakap seperti itu anda patut melakukann­ya dalam bilik persalinan dengan pengurus anda.

“Anda tahu yang orang akan mempersoal­kannya,

(gambar)

jadi jangan lakukannya. Ini pendapat saya dan saya akan beritahu kepadanya, saya akan katakan ia bukanlah sesuatu yang boleh diluahkan kerana anda bukan pengurus.”

Ketika ditanya sama ada Pogba sepatutnya menunjukka­n aksi sebenarnya di padang, Saha membalas: “Tepat sekali. Anda sepatutnya jadi seperti ‘saya perlu jaringkan gol, jaringkan gol, jaringkan gol. Saya sepatutnya buat hantaran, buat hantaran’...

“Jadi saya rasa ia tidak sesuai dan saya rasa kini dia sudah faham. Apapun situasi yang dihadapiny­a, mereka perlu selesaikan kerana ia tidak bagus untuk kelab, ia tidak bagus untuk mereka, ia tidak memberikan mereka sebarang ruang untuk membuat kesilapan kerana orang akan melihat.”

Berikutan kritikan Pogba, media melaporkan Mourinho kini menunggu masa untuk dipecat apatah lagi selepas tersingkir daripada saingan Piala Liga oleh kelab divisyen dua,

Derby County.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia