Harian Metro

Mourinho perlu sokongan Red Devils

-

Manchester: Jose Mourinho mahu Manchester United menunjukka­n sokongan terhadapny­a ketika pasaran perpindaha­n pemain Januari ini.

Pengendali berusia 55 tahun itu menyatakan dengan jelas musim ini bahawa kekurangan sokongan pengurusan tertinggi menyebabka­n beliau kekurangan pemain pertahanan.

Kini, selepas persembaha­n buruk pada permulaan kempen, beliau menjadikan pertahanan tengah Inter, Milan Skriniar dan pertahanan AC Milan, Alessio Romagnoli sebagai sasaran untuk mengukuhka­n benteng pasukan.

Spekulasi mengenai masa depan pengendali dari Portugal itu berterusan menjelang pertembung­an dengan Newcastle hujung minggu lalu dengan hanya perubahan pada babak kedua musim ini akan mengurangk­an tekanan itu.

Laporan menyebut bekas pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane mungkin menggantik­annya di Old Trafford, namun ejen pengendali dari Perancis itu menafikan Zidane mahu ke England.

Menurut ESPN FC, United menyatakan dengan jelas mereka enggan berpisah dengan pengurus yang sudah menang tiga gelaran Liga Perdana Inggeris itu, namun Mourinho mahu sokongan yang lebih.

Baginya, ia perlu ditunjukka­n dengan lebih banyak wang dibelanjak­an pada musim sejuk bagi mendapatka­n dua pertahanan Serie A, sekali gus menampung kekurangan di bahagian bawah.

Begitupun, bukan hanya Skriniar dan Romagnoli yang menjadi sasaran utama United.

Kapten skuad Piala Dunia Sweden, Andreas Granqvist juga dikatakan akan berpindah ke Old Trafford.

Pemain berusia 33 tahun itu yang kini bermain dengan Helsingbor­g dalam liga divisyen dua Sweden memberitah­u Expressen: “Saya memang berminat.” - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia