Harian Metro

Barkley minta Hazard usah tinggalkan Chelsea

-

London: Ross Barkley

meminta Eden Hazard supaya tidak meninggalk­an Chelsea untuk ke Real Madrid.

Pemain Belgium itu sudah lama menjadi sasaran kelab gergasi Sepanyol itu dan mengakui awal minggu ini bahawa Real memang kelab idamannya.

Pemain tengah Chelsea, Barkley sedar kehilangan Hazard akan menjadi ancaman besar dan merayu rakan sepasukann­ya itu supaya tidak meninggalk­an Blues.

Barkley berkata: “Dia pemain yang menakjubka­n dan dia juga sayangkan kelab ini. Dia sudah mencapai banyak perkara besar dan jika kekal, saya yakin dia akan menang lebih banyak trofi bersama kelab.

“Ia penting kerana dia sudah berada di Chelsea untuk tempoh yang lama dan saya mahu bermain bersamanya untuk jangka panjang.

“Dia mencetus inspirasi. Dia pemain yang mengagumka­n dan anda tidak melihat ramai pemain sepertinya.

(gambar)

“Dia pemain yang menakjubka­n dan dia ada impian sendiri. Saya mahu Eden kekal kerana dia amat penting. Tapi semua bergantung kepadanya.”

Tonggak Belgium itu melalui musim penuh sensasi bersama Blues apabila meledak lapan gol dalam 10 perlawanan seterusnya menjadikan dia antara bintang terhebat dunia.

Hazard, 27, akan memasuki 12 bulan terakhir dalam perjanjian asalnya di Stamford Bridge musim panas depan dan dia masih enggan menyatakan masa depannya bersama kelab London berkenaan.

Bos Blues terdesak untuk mendapatka­n tandatanga­n- nya bagi perjanjian lebih lama ketika Maurizio Sarri mahu kembali menjadi juara England dan Eropah. Agensi

 ??  ?? HAZARD
POGBA
HAZARD POGBA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia