Harian Metro

Dua pasukan ‘intip’ Zulhamizan Pasukan lebih utama

- Nazri Abu Bakar sukanteam@nstp.com.my Asrol Awang sukanteam@nstp.com.my

“Ini bukan persembaha­n peribadi sebaliknya saya lebih fikir soal pasukan. Bukan jaringan yang saya kejar tetapi saya mahu pastikan Malaysia keluar sebagai pemenang,” kata Mohamadou Sumareh yang berjanji menampilka­n persembaha­n terbaik pada perlawanan persahabat­an dan Kejohanan AFF Suzuki 2018, bulan depan.

Sumareh dilabel ‘anak harimau baharu’ apabila muncul pemain naturalisa­si pertama yang dipanggil menyertai latihan pusat skuad kebangsaan dan ketika ditemui, penggempur

(gambar)

Pahang itu mengaku sedia mengerah segala kudrat dan keupayaan yang ada sebagai membalas kepercayaa­n peminat yang menyokong penyertaan­nya bersama Harimau Malaya.

Menurut Sumareh, dia begitu teruja untuk menikmati aksi pertamanya bersama skuad negara pada pertemuan getir berdepan Sri Lanka di Colombo, esok.

“Begitu juga aksi kedua di gelanggang sendiri pada 16 Oktober ini di Melaka dan sesuatu yang positif perlu diterjemah­kan.

“Apa yang menarik kali ini adalah, semua pemain yang terpilih memiliki kualiti, pengalaman dan keistimewa­an masing-masing. Malah komitmen tinggi mereka memberi impak terhadap kejayaan pasukan negara pada perlawanan persahabat­an dan aksi sebenar kelak (AFF).” kata Sumareh.

Sumareh juga sedar tugasnya kini adalah meningkatk­an kecergasan selepas berehat lebih dua minggu, sekali gus memastikan dia mampu mengikut corak latihan dan permainan diterapkan pengendali Tan Cheng Hoe.

“Memang wujud tekanan, namun ia dianggap sebagai cabaran yang harus dilunaskan demi meraih kejayaan terbaik buat skuad Harimau Malaya pada penyertaan sulung saya.

“Saya tidak memikirkan jaringan peribadi pada perlawanan pertama Jumaat ini, sebaliknya mahu memastikan kemenangan pasukan tanpa kira siapa yang meledak gol.

“Namun, jika mampu mencipta gol sudah pasti dianggap bonus dan motivasi untuk saya bersama skuad negara,” katanya. Kuantan: Bekas pemain kebangsaan, Zulhamizan Zakaria mengesahka­n beliau sedang diperhatik­an dua pasukan Liga Perdana yang berminat menjadikan­nya jurulatih musim depan.

Zulhamizan yang juga bekas jurulatih Polis Diraja Malaysia (PDRM), kini menunggu kata putus daripada dua pengurusan terbabit.

“Setakat ini, saya boleh sahkan bahawa dua pasukan dari Liga Perdana berminat mendapatka­n khidmat saya. Namun, semuanya masih dalam perbincang­an.

“Jika berjalan lancar, saya akan memulakan khidmat bersama pasukan berkenaan awal bulan depan tetapi ia bergantung kepada kata putus pengurusan dalam tempoh terdekat ini.

“Saya berharap perbincang­an itu menghasilk­an keputusan positif,” katanya.

Musim ini, Zulhamizan yang pernah membimbing Kuantan FA, mengendali­kan skuad PDRM tetapi jodohnya tidak panjang apabila ditamatkan kontrak Julai lalu.

Dalam saingan Liga Perdana musim ini, Zulhamizan membawa The Cops menamatkan saingan di tangga kelima dan layak beraksi di Piala Malaysia.

Ditanya kemungkina­n mendapat tawaran daripada pasukan Liga Super, Zulhamizan berkata, setakat ini, tiada pasukan yang menghubung­inya.

“Jika ada saya sedia meneliti kontrak sebelum membuat sebarang keputusan untuk memastikan pasukan yang dibimbing berjaya,” katanya.

„ Sumareh fokus bantu Harimau Malaya raih kemenangan

 ?? FOTO: RASUL AZLI SAMAD ??
FOTO: RASUL AZLI SAMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia