Harian Metro

Cheng Hoe tinggal tiga pemain ke Colombo

-

Melaka: Hanya 22 daripada 25 pemain yang disenaraik­an akan berlepas ke Colombo untuk menghadapi aksi persahabat­an menentang Sri Lanka, esok.

Ia berikutan tiga pemain yang menjalani sesi latihan menjelang perlawanan itu mengalami kecederaan.

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berkata, tiga pemain terbabit ialah Akram Mahinan, Rawilson Batul dan Nor Hakim Hassan yang disahkan tidak bersama pasukan ke Colombo malam tadi.

Bagaimanap­un, perkara itu tidak membimbang­kan pengendali kelahiran Kedah berkenaan kerana beliau masih memiliki pemain berwibawa.

Cheng Hoe juga tidak bimbang dengan tahap kecergasan pemain naturalisa­si pertama negara, Mohamadou Sumareh walaupun dia hanya menjalani latihan bersama pasukan kebangsaan pagi semalam.

Katanya, pemain itu dilihat sedikit kepenatan selepas berehat panjang sejurus menamatkan aksi terakhir bersama pasukannya, Pahang dalam kempen Piala Malaysia, baru-baru ini.

“Saya yakin, ia (kepenatan) bukan halangan buat Sumareh untuk menyerlah, malah tempoh latihan selepas ini dilihat mampu membentuk kecergasan tinggi buatnya.

“Pengurusan, barisan jurulatih dan pemain amat mengalu-alukan kehadirann­ya bersama skuad Harimau Malaya selepas dia mendapat pelepasan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP).

“Dia juga dilihat cepat mesra bersama rakan-rakan dan kami ibarat sebuah keluarga, sekali gus mengelak sebarang tekanan kepada mana-mana pemain,” katanya.

Jurulatih itu turut positif keserasian mampu dibentuk dengan pantas buat Sumareh berikutan sudah menikmati aksi Liga Malaysia dengan banyak pasukan.

“Pemain muda juga boleh mempelajar­i kemahiran yang dimilikiny­a, selain bakal bekerjasam­a untuk meningkatk­an persembaha­n pasukan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia