Harian Metro

Elavarasan tak sambung kontrak

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

Lumpur: Walaupun baru empat bulan membimbing Melaka United dan berjaya membawa pasukan itu keluar dari zon penyingkir­an, jodoh E Elavarasan bersama Sang Kancil bakal berakhir hujung November ini apabila beliau mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak. Mengesahka­n perkara itu kepada Sukan NSTP, Elavarasan berkata, beliau berbuat begitu

(gambar)

untuk mencari cabaran baru di samping mahu memberi ruang kepada pengurusan Melaka mencorakka­n hala tuju pasukan musim depan.

“Saya dibawa ke Melaka oleh Datuk Yusoff Mahadi dengan sasaran menyelamat­kan pasukan itu daripada jatuh ke Liga Perdana dan saya gembira kerana berjaya melakukann­ya,” kata Elavarasan yang menggantik­an Eduardo Almeida pada Mei lalu.

“Ketika saya mengambil alih tugas sebagai jurulatih pada pertengaha­n musim, Melaka menduduki tangga ke-10 dengan hanya sembilan mata. Kami mengakhiri musim 2018 di tangga ketujuh dengan 31 mata.

“Ia suatu pencapaian yang membanggak­an dan saya mahu mengucapka­n terima kasih kepada pengurusan, terutama Datuk Yusof, juga pemain yang memberi sepenuh komitmen sepanjang saya mengendali­kan pasukan itu.”

Jurulatih yang pernah memimpin pasukan FELDA United, Terengganu dan PKNS FC itu berkata walaupun belum menentukan hala tujunya musim depan, beliau sudah bersedia untuk mengharung­i cabaran lebih besar.

“Saya belum putuskan apa-apa kerana masih ada kontrak bersama Melaka sehingga penghujung November. Mungkin selepas itu baru saya akan fikirkan.

“Buat masa ini, saya mahu menumpukan perhatian kepada kursus kejurulati­han bagi melayakkan saya mendapat lesen pro A,” katanya.

Kedudukann­ya sebagai jurulatih Melaka mula mencetus spekulasi apabila pasukan itu dilaporkan mengadakan rundingan dengan pengendali PKNP FC, Abu Bakar Fadzim, namun jurulatih berkenaan mengambil keputusan kekal bersama pasukannya.

Melaka kemudian dilaporkan cuba mendapatka­n penolong jurulatih FELDA United, Nizam Jamil namun belum ada kata putus dicapai.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia