Harian Metro

‘Beri peluang Izhar, Johan bawa agenda perubahan’

-

Kuala Lumpur: Ahli gabungan yang tidak berpuas hati dengan pelantikan dua Naib Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) diseru supaya bertenang dan usah cepat melatah.

Presiden Kelab Penyokong Anak Selangor (ASFC), Mohd Faizal Wahid berkata, pelantikan dua naib presiden – Izhar Moslim dan Dr Johan Kamal – terbukti tidak melanggar apa-apa peraturan.

Menurutnya, kedua-duanya baru bersama FAS sejak empat bulan lalu dan mereka harus diberi peluang untuk membawa agenda perubahan kepada badan induk berkenaan.

Malah, pelantikan kedua-dua individu terbabit adalah menerusi cadangan Presiden FAS sendiri, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddi­n Idris Shah yang pastinya sedia maklum dengan kemampuan dan kredibilit­i mereka.

“Memang betul mereka berdua masih muda dan baru dalam hal bola sepak tempatan. Bagaimanap­un, mereka ada keistimewa­an iaitu minat mendalam selain latar belakang pendidikan yang tinggi bagi memacu perubahan selari dengan bola sepak moden yang kini lebih bersifat korporat dalam menjana pendapatan sendiri tanpa mengharapk­an bantuan kewangan kerajaan negeri.

“Lihat pada kejayaan SCL (Selangor Champions League) yang dicetuskan Tengku Amir dengan gerak kerjanya dilakukan Izhar dan Dr Johan. Saya percaya ‘model’ sama ingin dilaksanak­an kepemimpin­an baharu ini di mana profesiona­lisme diutamakan apabila menerajui sesebuah organisasi.

“Jadi, tempoh empat bulan terlalu singkat untuk mengukur keupayaan mereka. Beri mereka masa dan kita sepatutnya menyokong apa juga perubahan dilakukan barisan FAS ketika ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia