Harian Metro

‘Tiada siapa kena tipu’

- Firdaus Hashim firdaushas­him@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Ahli gabungan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) yang menyokong memorandum untuk Kongres Luar Biasa diadakan bagi merombak kepemimpin­an persatuan mendakwa mereka ‘ditipu’ individu tidak bertanggun­gjawab mengenai isu pelantikan dua Naib Presiden FAS.

Menurut Timbalan Presiden, Datuk Seri Shahril Mokhtar, hasil siasatan lanjut mendapati kebanyakan ahli gabungan diberi maklumat tidak tepat mengenai pelantikan Izhar Moslim dan Dr Johan Kamal yang dikatakan melanggar perlembaga­an persatuan.

“Sebenarnya pelantikan itu sah. Mereka sudah menjadi ahli kelab gabungan yang sah di bawah FAS,” kata Shahril menerusi kenyataan dikeluarka­n badan induk itu semalam.

“Susulan penafian itu dan pencerahan mengenai perkara berkenaan, kami seterusnya melancarka­n siasatan terhadap isu yang dianggap serius ini dan boleh mendatangk­an kemudarata­n kepada perancanga­n memajukan bola sepak di Selangor.

“Menerusi perbualan langsung dengan ramai ahli gabungan, kami dapati mereka diperdaya oleh individu yang memberi maklumat tidak tepat. Mereka terpedaya dengannya dan menyokong saranan untuk mengadakan Kongres Luar Biasa.

“Kami juga mengenal pasti berlaku kes penipuan menerusi beberapa surat somemorand­itankon g anter hadap dum itu yang tidak datang ani, sekaligus menunjukka­n ia adalah surat layang,” katanya.

Kelmarin, tersebar kenyataan media yang mempertika­ikan pelantikan dua naib presiden itu dan memohon supaya Kongres Luar Biasa diadakan dalam tempoh terdekat.

Sebelum ini, Presiden Kelab Bolasepak Frenz United, Roslin Shariff mendakwa pelantikan Izhar dan Dr Johan tidak sah kerana mereka bukan ahli gabungan FAS selain turut mengetepik­an suara dan peranan ahli.

Jelas Shahril, Presiden FAS yang juga Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddi­n IdRosris Shah mahu bertemu lin, namun gagal.

“Tuanku Presiden memanggiln­ya untuk mendapatka­n penjelasan sebenar, tapi beliau gagal hadir,” katanya.

Kami dapati mereka diperdaya oleh individu yang memberi maklumat tidak tepat”

Shahril Mokhtar

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia