Harian Metro

Ingat pesan arwah

„ Pesanan bapa azimat Hasnizaidi peraga aksi terbaik

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

Menjelang aksi separuh akhir kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, 20 Oktober ini, pertahanan Terengganu FC (TFC), Hasnizaidi Jamian kembali teringatka­n arwah bapanya, Jamian Sanusi, 68.

Di benak Hasnizaidi, pesanan arwah menjadi azimat yang selama ini dipegang dalam usaha memaksi pamer terbaik setiap kali bermain.

“Main biar ikhlas. Tunjukkan kebolehan tidak kira dengan pasukan mana sekalipun.” Itulah pesanan yang disemat kukuh dalam hati Hasnizaidi.

Biarpun dia bakal berdepan negeri kelahirann­ya, Johor Darul Ta’zim, Hasnizaidi enggan membiarkan faktor tempat lahirnya menghalang persembaha­n yang mahu ditampilka­n nanti.

Hasnizaidi yang lebih mesra dipanggil Acik berkata, bapanya yang meninggal dunia pada 17 Ogos lalu sempat mengingatk­an dirinya sebelum berangkat menunaikan ibadat haji di Makkah bersama ibunya, seminggu sebelum itu.

“Selepas tujuh hari berada di Tanah Suci, arwah dijemput Ilahi pada hari Jumaat, namun pesanan arwah supaya saya menjaga diri dan bekerja dengan baik bersama skuad yang diwakili masih terngiang-ngiang di telinga,” kata Hasnizaidi.

“Justeru, pada pertemuan itu nanti, jika diberi kepercayaa­n oleh jurulatih, saya akan pamerkan aksi terbaik sebagaiman­a pesanan arwah walaupun bermain di tanah kelahiran sendiri.

“Tapi, jika saya tidak berada dalam kesebelasa­n utama, saya tidak berkecil hati, sebaliknya tetap gembira kerana layak ke separuh akhir selain akan terus memberi semangat kepada rakan sepasukan berjuang untuk melangkah ke final. Jika layak, ia adalah final Piala Malaysia yang pertama dalam karier saya.”

Musim ini, pertahanan kanan berasal dari Felda Tenggaroh 1, Johor itu lebih kerap memanaskan bangku simpanan kerana terpaksa berehat panjang akibat kecederaan berulang.

“Kini saya bersedia sepenuhnya untuk diturunkan dan yakin skuad Penyu mampu melangkah ke final biarpun berbekalka­n ketipis menangan 1-0. “Keyakinan ini berdasarka­n kepada semangat berpasukan tinggi dalam kalangan pemain yang boleh saya katakan bagai adik-beradik selain pada pandangan saya skuad TFC pada tahun ini ada tuah untuk muncul juara Piala Malaysia,” katanya.

 ??  ?? HASNIZAIDI (kanan) harap Terengganu mara ke final Piala Malaysia.
HASNIZAIDI (kanan) harap Terengganu mara ke final Piala Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia