Harian Metro

Sekat jalan elak jangkitan rabies

-

Padawan: Sekatan jalan raya antara inisiatif dilakukan polis bagi memastikan pemilik tidak membawa keluar haiwan peliharaan dari kawasan penampan wabak rabies yang sudah ditetapkan.

Timbalan Ketua

Polis Daerah, Deputi Superinten­dan Merbin Lisa berkata, polis juga akan menjalanka­n pemeriksaa­n mengejut di daerah ini bagi memastikan masyarakat setempat mematuhi arahan dikeluarka­n kerajaan negeri menerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

Beliau berkata, ini kerjasama strategik pelbagai agensi untuk memastikan penularan wabak rabies di negeri ini dapat disekat daripada terus merebak khususnya di kawasan berisiko.

“Polis menjalanka­n sekatan jalan raya dan pemeriksaa­n mengejut bagi menyekat pergerakan anjing atau haiwan peliharaan lain keluar atau masuk ke zon penampan.

“Selain itu, polis akan menguat kuasa Ordinan Kesihatan

Umum Veterinar 1999 dan Ordinan Kesihatan Awam 2002,” katanya, di sini.

Merbin berkata, pihaknya menyeru orang ramai khususnya pemilik haiwan seperti anjing dan kucing mematuhi arahan dikeluarka­n dalam usaha kerajaan negeri mengawal wabak rabies.

Sejak wabak rabies diisytihar­kan di Sarawak 1 Julai tahun lalu, jumlah keseluruha­n kes rabies dalam kalangan manusia adalah 11 orang.

Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 10 kes meninggal dunia manakala satu kes membabitka­n kanak-kanak lelaki ini menerima rawatan di rumah dengan defisit neurologi teruk.

 ??  ?? MERBIN menyampaik­an risalah kepada pengguna jalan raya di Padawan.
MERBIN menyampaik­an risalah kepada pengguna jalan raya di Padawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia