Harian Metro

Hidup mewah hasil jual dadah

-

Penganggur mewah. Itu gelaran sesuai kepada seorang lelaki yang hidup mewah hasil menjual dadah dan jus khayal di bandar ini sejak setahun lalu.

Kegiatan lelaki berusia 27 tahun itu tidak bertahan lama selepas ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, jam 6.30 petang, kelmarin.

Ketua JSJN Sarawak, Superinten­dan Sahar Abdul Latif berkata, serbuan dijalankan di sebuah kondominiu­m di BDC, di sini, menemui ketamin, eramin 5 dan serbuk ekstasi dianggarka­n bernilai RM58,080.

Menurutnya, polis menahan lelaki terbabit di parkir kereta kondominiu­m berkenaan hasil risikan dan pemantauan aktiviti pengedaran dadah dan jus khayal dilakukann­ya sejak beberapa hari lalu.

“Suspek dipercayai bergerak secara sindiket akan menjual dadah dan jus mengandung­i ekstasi kepada individu tertentu sebelum diseludup ke kelab malam sekitar bandar ini.

“Bagi mengelak kegiatanny­a dihidu, suspek dikesan menggunaka­n pelbagai nama samaran sejak setahun lalu. Polis percaya suspek mendapat bekalan dadah daripada sindiket lain,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sahar berkata, dadah ditemui di dalam bilik kondominiu­m yang disewa suspek dan pemeriksaa­n juga mendapati ia dihuni dua wanita warga China berusia 28 tahun dengan seorang daripadany­a teman wanita lelaki terbabit.

Beliau berkata, polis merampas sebuah Perodua Myvi, cincin dan rantai emas bernilai RM6,000 manakala ujian air kencing mendapati suspek dan teman wanitanya positif dadah.

“Semua suspek direman tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 39A(1)dan Seksyen 15(1)(a)Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.

 ??  ?? SAHAR
SAHAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia