Harian Metro

Pembonceng maut digilis bas ekspres

- Junaidi Ladjana junaidi_ladjana@nstp.com.my

„ Motosikal dibonceng terlanggar belakang lori

Seorang pembonceng maut selepas kepalanya digilis bas ekspres dalam kemalangan di Jalan Tuaran, berhampira­n Masjid Amminudin Baki, Manggatal, dekat sini, tengah hari semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, Adshar Sabree, 19, beralamat di Kampung Likas, maut di lokasi kejadian akibat parah di bahagian kepala manakala penunggang motosikal yang tiada dokumen parah dan dirawat di Hospital Likas.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, siasatan awal mendapati motosikal jenis Yamaha Lagenda tunggang kedua-dua mangsa dari arah Tuaran menuju ke Manggatal.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mereka terlanggar bahagian tepi belakang lori.

“Berikutan itu, kedua-dua mangsa tercampak ke kanan jalan sebelum pembonceng digilis oleh tayar belakang bas ekspres yang berada di lorong kanan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Habibi berkata, akibat kemalangan itu, pembonceng meninggal dunia di lokasi kejadian manakala penunggang parah dikejarkan ke Hospital Likas untuk rawatan.

“Siasatan masih diteruskan dan mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

 ??  ?? PEGAWAI polis melakukan siasatan di lokasi kemalangan maut berhampira­n Masjid Amminudin Baki, Manggatal, semalam.
PEGAWAI polis melakukan siasatan di lokasi kemalangan maut berhampira­n Masjid Amminudin Baki, Manggatal, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia