Harian Metro

SMK Petagas siap dua tahun lagi Lindungi hak pekerja, majikan

- Mohd Izham Unnip Abdullah thaddius@nstp.com.my

Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Petagas di Kampung Tengah Padang, di sini, dijangka siap dalam tempoh dua tahun lagi.

Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Uda Sulai, berkata apabila siap sepenuhnya sekolah terbabit mampu menampung keperluan pelajar yang semakin meningkat.

“Apabila siap nanti, ia akan menambah jumlah sekolah menengah di kawasan Putatan, sekali gus menampung keperluan pelajar sedia ada sebab sekolah menengah di Putatan tidak mencukupi (menampung pelajar yang meningkat),” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas berkata demikian kepada media selepas majlis penyerahan bantuan beg sekolah sumbangan Yayasan Sabah di Sekolah Kebangsaan (SK) Tansau, di sini, semalam.

Ketika ini, hanya ada dua sekolah menengah di daerah ini iaitu SMK

Putatan dan SMK Tansau, masing-masing dengan 1,900 dan 1,800 pelajar, iaitu mencapai kapasiti maksimum pelajar mampu ditampung sekolah terbabit.

Kerajaan negeri melalui Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah mengambil langkah proaktif menguatkua­sakan Ordinan Buruh Sabah (Bab 67) bagi melindungi hak pekerja dan majikan di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata ia bagi memastikan pematuhan berterusan terhadap semua peraturan berkaitan perundanga­n perburuhan yang digariskan kerajaan.

Katanya, isu perburuhan penting sejajar kedudukann­ya sebagai pemain utama pembanguna­n negara, selain alat meningkatk­an ekonomi dan kestabilan sosial negara.

“Pendedahan dan kefahaman masyarakat mengenai dasar perburuhan negara dan undang-undang berkaitan dapat menjamin keharmonia­n dalam industri membabitka­n pelbagai pihak seperti pemegang dasar, pelaksana, majikan, pekerja dan masyarakat keseluruha­nnya.

“Di Sabah, JTK bukan saja

„ JTK ambil langkah kuat kuasa Ordinan Buruh Sabah (Bab 67)

berperanan senagai penyedia perkhidmat­an pekerjaan, malah khidmat nasihat dan rundingan kepada mereka yang sudah bekerja.

“Selain itu, aktiviti penguatkua­saan mengikut Ordinan Buruh Sabah yang melindungi hak pekerja dan majikan di negeri ini juga aktif dijalankan,” katanya pada Majlis Perasmian Konvensyen Perburuhan Sabah 2018, di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi negeri, Jenifer Lasimbang. Yang turut hadir, Pengarah JTK Sabah, Kamal Pardi dan Timbalan Setiausaha Bahagian Dasar Perburuhan, Kementeria­n Sumber Manusia, Bashah Bashik.

Terdahulu, Kamal berkata, Ordinan Buruh Sabah (Bab 67) adalah antara lapan akta atau undang-undang berkaitan tenaga kerja bakal dipinda bagi memenuhi keperluan semasa sebelum tahun 2020.

Katanya, tujuh lagi ialah Akta Kerja 1955, Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76), Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Akta Perhubunga­n Perusahaan 1967, Akta Kesatuan Sekerja 1959, Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 dan Akta Standard-Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990.

 ??  ?? JENIFER (tengah) bersama delegasi yang hadir ketika majlis perasmian Konvensyen Perburuhan Sabah.
JENIFER (tengah) bersama delegasi yang hadir ketika majlis perasmian Konvensyen Perburuhan Sabah.
 ??  ?? UDA beramah mesra dengan murid yang menerima bantuan di SK Tansau, Putatan.
UDA beramah mesra dengan murid yang menerima bantuan di SK Tansau, Putatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia