Harian Metro

Rozman bakal sertai WARISAN

-

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli dijangka meninggalk­an UMNO untuk menyertai Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Beliau yang menjadi Ahli Parlimen Labuan sejak tahun 2013 dilaporkan akan mengumumka­n keputusann­ya menerusi kenyataan rasmi yang akan dikeluarka­n hari ini.

Ketika dihubungi media, Rozman berkata, beliau menyediaka­n kenyataan rasmi mengenai khabar angin itu dan akan memberi kenyataan.

Difahamkan, Rozman dijangka menghantar surat permohonan menyertai WARISAN kepada

Timbalan Presiden parti itu, Datuk Darell Leiking di Labuan.

Darell yang juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri dijadual mengadakan lawatan kerja ke Labuan, antara lain berjumpa pemimpin tempatan selain mendengar taklimat pembanguna­n pulau bebas cukai itu.

Mei lalu, Rozman ‘menimbangk­an’ semua faktor sama ada kekal dalam UMNO atau menyertai parti lain kerana tidak mahu mengambil risiko projek besar di Labuan dibatalkan kerajaan baru di Putrajaya.

Beliau juga mengakui tidak menolak cadangan menyertai WARISAN kerana pada akhirnya mahu yang terbaik untuk Labuan dan rakyat pulau bebas cukai itu.

Sebelum ini, Naib Presiden WARISAN, Junz Wong dilaporkan berkata, WARISAN percaya parti itu dapat bekerja dengan baik bersama Rozman untuk mengutamak­an keperluan dan aspirasi rakyat di Labuan.

 ??  ?? ROZMAN
ROZMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia