Harian Metro

Bantuan inklusif

-

„ Kerajaan Sarawak jaga kebajikan keluarga Allahyarha­m Yahya

Kerajaan Sarawak menghulurk­an bantuan inklusif bagi menjaga kebajikan keluarga anggota bomba, Allahyarha­m Yahya Ali, 24, yang terkorban bersama lima rakan setugasnya dalam kejadian di bekas lombong di Puchong, Selangor.

Ia termasuk sumbangan wang tunai RM10,000 daripada kerajaan negeri selain bantuan bulanan RM300 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak dan elaun warga emas RM350 kepada nenek anggota berkenaan.

Kerajaan Sarawak juga menyatakan komitmen membantu adik perempuan Yahya, Zainab Ali, 20, untuk melanjutka­n pengajiann­ya ke Pusat Kecemerlan­gan Sarawak (CENTEXS) dalam jurusan bersesuaia­n.

Ia diumumkan Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah ketika menziarahi keluarga wira negara itu di Kampung Tian, Matu di sini, semalam.

Beliau turut mewakili Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg untuk menyampaik­an ucapan takziah kerajaan negeri kepada keluarga anggota terbabit di atas kehilangan dialami mereka.

“Ini sebagai mengiktira­f sumbangan Allahyarha­m yang sanggup berkorban nyawa dalam melaksanak­an penugasann­ya kepada rakyat dan negara.

“Kehilangan Allahyarha­m dan lima lagi rakan setugasnya dalam tragedi itu sememangny­a tidak dapat ditukar ganti dalam apa saja bentuk sumbangan atau bantuan,” katanya.

Katanya, bantuan disalurkan diharap dapat membantu meringanka­n beban keluarga berkenaan, lebih-lebih lagi Allahyarha­m adalah anak sulung yang menjadi harapan ibu bapa dan empat lagi adiknya dengan tiga daripadany­a masih bersekolah.

“Kita kehilangan seorang wira yang tidak mungkin dapat ditukar ganti, bantuan diberikan untuk meringanka­n sedikit bebanan kepada waris,” katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri bersedia membantu keperluan waris anggota bomba berkenaan dari segala aspek, termasuk pendidikan adik-beradiknya.

Pada majlis yang sama, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak turut menyerahka­n kutipan derma pegawai dan anggotanya yang diwakili Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Manis, Jerry Jelani Bandang dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Mukah, Abdul Rasit Morni.

Turut hadir pada majlis itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Datuk Dr Juanda Jaya.

Dalam kejadian jam 9.15 malam, 3 Oktober lalu, mangsa bersama lima anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor terkorban ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja berusia 17 tahun di bekas lombong di Puchong, Selangor.

 ??  ?? FATIMAH (dua dari kiri) menyampaik­an sumbangan kepada ibu waris, Halimah Geronggong (tiga dari kanan) disaksikan ayah waris, Ali Bengang (dua dari kanan), Dr Juanda Jaya (kanan) serta ahli keluarga.
FATIMAH (dua dari kiri) menyampaik­an sumbangan kepada ibu waris, Halimah Geronggong (tiga dari kanan) disaksikan ayah waris, Ali Bengang (dua dari kanan), Dr Juanda Jaya (kanan) serta ahli keluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia