Harian Metro

Tampilkan sumber rezeki baru

- DARI MUKA V33

80 peratus daripada 1,500 gerai jualan disediakan sudah ditempah

“Melalui kecanggiha­n agroteknol­ogi, lebih banyak produk pertanian dapat dihasilkan dengan lebih efektif dan secara tidak langsung ia dapat menerajui kedaulatan makanan negara.

“Di samping itu,

MAHA 2018 akan turut menampilka­n durian, nanas dan kelapa sebagai sumber rezeki baru pertanian yang mampu melahirkan lebih ramai usahawan.

“Mereka (usahawan) juga mampu muncul sebagai jutawan dengan menjana kekayaan menerusi hasil pertanian mereka,” katanya selepas majlis 50 Hari Countdown MAHA 2018 di Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) di Wisma Tani, Putrajaya, baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Setiausaha MOA Datuk Mohd Sallehuddi­n Hassan.

Salahuddin berkata, seperti biasa MAHA

2018 akan menampilka­n 13 pavilion negeri membabitka­n identiti, kebudayaan, pameran dan juadah makanan negeri yang boleh dinikmati pengunjung.

“Seperti MAHA yang lalu, semua laman seperti laman perikanan, laman nanas, laman ternakan dan sebagainya akan turut membuat penampilan semula supaya pengunjung MAHA dapat menikmati sendiri pengalaman pertanian secara praktikal.

“Satu lagi tarikan MAHA yang sentiasa popular adalah jualan segar hasil pertanian dan makanan antaranya ialah 501 menu juadah popular dari seluruh negeri, produk IAT, buah-buahan dan sayuran segar, anak pokok dan bunga-bungaan, ikan serta makanan laut segar.

“Gerai jualan juga dibuka untuk tempahan dan hingga ke hari ini, daripada 1,500 gerai yang disediakan 80 peratus sudah ditempah,” katanya.

Menurutnya, pembabitan sektor swasta sebagai rakan strategik turut digalakkan. Melalui kejayaan MAHA 2016 iaitu jumlah pengunjung yang mencecah 3.7 juta orang.

“Seramai 14 penaja dan rakan strategik dapat ditarik dan mungkin akan bertambah pada masa akan datang untuk terbabit dalam menyokong MAHA 2018.

“Antara rakan strategik dan penaja MAHA 2018 adalah Pertubuhan

Peladang Kawasan (NAFAS), PadiBeras Nasional Berhad (BERNAS), Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank), CIMB Islamic Bank Berhad, Nestle Malaysia Berhad dan Malaysia Airlines

“MAHA 2018 dijangka menarik lebih 3.5 juta pengunjung tempatan dan antarabang­sa,” katanya. -Mohamad Hussin

 ?? FOTO: ?? SEBAHAGIAN penaja dan rakan strategik yang terbabit dalam MAHA 2018.
FOTO: SEBAHAGIAN penaja dan rakan strategik yang terbabit dalam MAHA 2018.
 ??  ?? SEBAHAGIAN pengurusan dan agensi di bawah MOA turut hadir.
SEBAHAGIAN pengurusan dan agensi di bawah MOA turut hadir.
 ??  ?? SALAHUDDIN melepaskan konvoi kenderaan agensi di bawah MOA sambil diperhatik­an Sallehuddi­n (kanan).
SALAHUDDIN melepaskan konvoi kenderaan agensi di bawah MOA sambil diperhatik­an Sallehuddi­n (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia