Harian Metro

Jiwa politik tak pernah luntur

-

Port Dickson: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semangatny­a untuk meneruskan perjuangan demi rakyat tidak pernah luntur walaupun beberapa tahun berada di sebalik tirai besi.

Ketua Umum PKR yang juga calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson itu berkata, isi hati dan perasaan individu bukan sesuatu yang boleh disekat atau dihalang.

“Pengajaran yang saya dapat ialah, anda boleh tendang kita, telanjangk­an kita di penjara, tetapi anda tidak boleh kawal perasaan dan jiwa rakyat Malaysia.

“Anda hantar saya ke penjara, tetapi kakitangan penjara jaga saya, diam-diam menyokong kita.

“Perancanga­n mereka masukkan kita dalam penjara untuk suruh kakitangan penjara benci kita tapi minggu lalu ketika hari penamaan calon, 60 kakitangan Penjara Sungai Buloh datang memberi sokongan kepada saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Himpunan Wanita Port Dickson dan Pertemuan Khas Bersama Reformis Negeri Sembilan di Padang Petanque, Pejabat Daerah Port Dickson di sini, semalam.

Anwar mengakui tidak pernah menyalahka­n mana-mana kakitangan penjara sepanjang berada di penjara kerana sudah menjadi tugas mereka untuk mengawalny­a.

“Kakitangan penjara kerjanya kunci pintu, asyik kunci pintu. Saya pun menyampah tengok kerana pagi bawa makan, tengah hari bawa makan.

“Bagaimanap­un, saya tidak pernah menyalahka­n mereka sebab itu tugas mereka,” katanya.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson menyaksika­n saingan tujuh penjuru antara Anwar dengan calon PAS, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar serta lima calon Bebas termasuk bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongka­n oleh penyandang­nya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, bagi membolehka­n Anwar bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

 ??  ?? ANWAR bersama penduduk setempat pada sesi kempen P132.
ANWAR bersama penduduk setempat pada sesi kempen P132.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia