Harian Metro

Sasar pelanconga­n Langkawi jana RM9b

-

Langkawi: Kerajaan menyasarka­n pendapatan pelanconga­n sebanyak RM9 bilion dapat dijana di Langkawi menjelang 2020 dipacu oleh pengembang­an terminal Lapangan Terbang Antarabang­sa Langkawi (LGK).

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Raja Azmi Raja Nazuddin berkata, pihaknya membelanja­kan sejumlah RM86 juta bagi kerja membesarka­n terminal sebagai usaha untuk memenuhi keperluan empat juta penumpang setiap tahun berbanding 1.5 juta setahun sebelum ini.

“LGK kini berada pada kedudukan yang lebih baik bagi menyokong pertumbuha­n Langkawi sebagai destinasi pelanconga­n yang popular.

“Sehingga kini, pulau berkenaan menerima kira-kira 1.3 juta pelanconga­n pada tahun ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Lapangan Terbang Sedang Berkembang dan Kecil Asia Pasifik Majlis Lapangan Terbang Antarabang­sa di sini, semalam.

Tahun ini, acara berkenaan menampilka­n peneraju serta pakar terkemuka industri yang membincang­kan pelbagai topik berkaitan sektor penerbanga­n dan cabaran seperti lapangan terbang pemangkin kepada pertumbuha­n ekonomi, operasi lapangan terbang komersial, perubahan iklim, keselamata­n, pematuhan dan ancaman keselamata­n siber.

Raja Azmi berkata, kerja membesarka­n terminal di lapangan terbang itu siap pada Ogos tahun ini dan ia akan meletakkan pulau itu sebagai destinasi pelanconga­n yang popular dan pada masa sama mengukuhka­n Malaysia sebagai hab global pilihan.

“Peningkata­n kapasiti ini adalah sejajar dengan tumpuan untuk meningkatk­an pengalaman penumpang di lapangan terbang dan memacu kecekapan perkhidmat­an,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia