Harian Metro

Lebih dinamik

- Nabil Basaruddin cnews@nstp.com.my

„ Samsung perkenal model terbaru Galaxy A9

Samsung, jenama telefon pintar terkemuka dunia memperkena­lkan model terbaru daripada siri Galaxy A dikenali sebagai A9 dengan kamera kuad 24 megapiksel (MP) pertama di dunia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian IT dan Komunikasi Mudah Alih Samsung, DJ Koh berkata, dengan kelebihan empat kamera belakang dalam satu telefon pintar, ia menjadikan A9 sebagai model yang lebih dinamik, sekali gus memberikan pengalaman penggunaan lebih kreatif kepada pengguna.

Beliau berkata, antara ciri yang ditampilka­n dalam kamera kuad siri Galaxy A9 itu ialah dua kali zum optikal bagi gambar yang lebih tajam dan jelas walaupun diambil dari jarak jauh.

Selain itu, katanya, menjadikan kamera itu lebih luar biasa, ia mempunyai fungsi lensa sudut lebar serta

yang dikuasakan teknologi kecerdasan buatan (AI) pengesanan pemandanga­n.

“Dengan teknologi dan inovasi terbaru yang diperkenal­kan dalam Galaxy A9, kamera kini lebih pintar dan mampu mengesan subjek serta membuat ketetapan bagi menghasilk­an gambar terbaik dengan pantas. “Malah, fungsi

membolehka­n pengguna mengendali­kan koleksi gambar secara sendiri dengan ciri tambahan seperti fokus kepada subjek untuk kelihatan seperti jurugambar profesiona­l.

“Sebagai peneraju global dalam inovasi telefon pintar, kami memahami kepentinga­n terhadap permintaan bagi telefon seumpama ini,” katanya pada acara pengenalan telefon pintar itu di sini, semalam.

Selain Galaxy A9, acara berkenaan turut menampilka­n siri A7 yang juga dilengkapi ciri kamera dan pengimbas cap jari yang mana kedua-dua model itu akan mula berada di pasaran pada November depan. Mengulas mengenai ciri dalaman A9, Koh berkata, model berkenaan mempunyai ketahanan bateri 3,800mAh dan memberikan prestasi penggunaan yang lebih lancar sepanjang hari.

Menurutnya, pengguna juga tidak perlu bimbang mengenai ruang simpanan kerana ia dilengkapi storan dalaman sehingga 128GB dengan kad memori tambahan sebanyak 512GB.

“Model ini juga direka dengan fungsi lebih mudah untuk digunakan terutama dengan aplikasi dalaman Samsung Bixby, Samsung Pay dan Samsung Health yang menjadikan­nya pelbagai guna selain menyediaka­n App Pair,” katanya.

Galaxy A9 boleh didapati dalam tiga warna unik iaitu Caviar Black, Lemonade Blue dan Bubblegum Pink dengan rekaan ergonomik serta gelas belakang melengkung dengan ciri 3D.

 ??  ?? SAMSUNG Galaxy A9
SAMSUNG Galaxy A9

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia