Harian Metro

Google Maps ‘kantoikan’ rahsia isteri curang

-

Lima, Peru: Rahsia seorang isteri yang menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain akhirnya terbongkar selepas suaminya menemui gambar menunjukka­n wanita itu bermesra bersama kekasihnya di aplikasi Google Maps.

Lelaki itu yang tinggal di bandar ini pada mulanya melihat jalan untuk pergi ke satu lokasi sebelum melihat satu gambar menunjukka­n seorang lelaki berbaring di riba seorang wanita di bangku tepi jalan.

Walaupun wajah pasangan itu dikaburkan tetapi lelaki itu curiga apabila melihat baju yang dipakai wanita berkenaan sama seperti pakaian yang dimiliki isterinya.

Gambar itu dirakam oleh kereta kamera Google di bandar ini pada 2013 tetapi lelaki berkenaan yakin wanita itu adalah isterinya.

Kerana marah lelaki itu segera bertemu isterinya dan membawa gambar berkenaan sebagai bukti.

Selepas didesak akhirnya isterinya mengaku wanita dalam gambar itu adalah dirinya dan lelaki berkenaan adalah kekasihnya.

Mirror Online melaporkan, pasangan itu yang nama mereka tidak dedahkan akhirnya bercerai tidak lama selepas kejadian berkenaan.

Kisah mengenai pasangan itu mula tular di Internet selepas lelaki berkenaan memuat naik gambar bekas isteri bersama teman lelakinya itu di Facebook baru-baru ini.

Aplikasi seperti Google Maps dan Google Street View sebelum ini pernah merakam pelbagai imej menarik serta melucukan.

Antara gambar yang dirakam aplikasi berkenaan sehingga menjadi tular ialah lelaki yang memakai baju seperti burung merpati, banduan yang melarikan diri, pasangan melakukan hubungan seks di dalam kereta serta wanita melahirkan anak. - Agensi

 ??  ?? GAMBAR yang dirakam Google Maps menunjukka­n seorang lelaki berbaring di riba wanita berkenaan. - Agensi
GAMBAR yang dirakam Google Maps menunjukka­n seorang lelaki berbaring di riba wanita berkenaan. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia