Harian Metro

‘Haiwan pun tidak buat macam kamu’

-

Kuala Lumpur: “Hanya kamu yang tahu apa sebenarnya berlaku. Haiwan pun tidak akan buat perbuatan kamu,” kata Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah ketika menjatuhka­n hukuman terhadap seorang ejen unit amanah atas kesalahan merogol, meliwat, melakukan sentuhan dan penganiaya­an seksual terhadap anak kandungnya berusia 16 tahun.

Hakim Azman menjatuhka­n hukuman penjara 40 tahun dan 24 sebatan terhadap lelaki berusia 37 tahun itu yang mengaku bersalah atas 623 pertuduhan rogol, liwat, sentuhan dan penganiaya­an seksual terhadap anaknya, semalam.

Beliau membuat keputusan itu selepas membenarka­n rayuan tertuduh untuk mengurangk­an hukuman yang sebelum ini dijatuhi oleh Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak, terhadap tertuduh.

Tertuduh merayu terhadap keputusan Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Putrajaya yang menjatuhka­n hukuman penjara 48 tahun dan 24 sebatan atas semua pertuduhan.

Hukuman bagi rogol berjalan secara berasingan dengan pertuduhan yang lain.

Tertuduh merayu terhadap keputusan Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Putrajaya yang menjatuhka­n hukuman penjara 48 tahun dan 24 sebatan atas semua pertuduhan.

Sebelum ini tertuduh dijatuhi hukuman penjara 28 tahun dan 12 sebatan bagi pertuduhan merogol, bagi pertuduhan meliwat, lelaki itu dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 12 sebatan.

Mahkamah juga menjatuhka­n hukuman penjara 20 tahun bagi kesalahan penganiaya­an seks daripada 15 tahun kepada 10 tahun manakala bagi kes kesalahan sentuhan seksual daripada 20 tahun menjadi 10 tahun. Kuala Lumpur: Majlis Perbandara­n Kajang (MPKj) mengambil tindakan menghapusk­an basikal milik syarikat oBike yang rosak.

Pegawai Perhubunga­n Awam MPKj Kamarul Izlan Sulaiman berkata, pihaknya melakukan usaha itu dalam memastikan kawasan pentadbira­nnya terkawal dan bersih.

“Memang tidak dinafikan basikal oBike disalah guna dan ada juga yang menjadi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia