Harian Metro

Inteam terkejut Dia dapat sambutan SALUR DUIT IKUT ‘WAHYU’

- Suraya Roslan dan Mahaizura Abd Malik am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kumpulan nasyid Inteam terkejut dengan sambutan peminat terhadap muzik video lagu terbaru mereka berjudul Dia yang berjaya menduduki tangga kedua di YouTube apabila mendapat lebih 400,000 tontonan dalam masa satu hari sejak mula dilancarka­n pada 5 Oktober lalu.

Anggotanya, Mohd Syahril Ab Khalid atau Syah Inteam berkata, mereka turut mendapat reaksi penonton yang menyatakan kesedihan mereka sehingga menitiskan air mata apabila menonton muzik video ini.

“Kami melihat muzik video yang menampilka­n Norman Hakim dan Memey Suhaiza sebagai pelakon ini amat berkesan.

“Ia sangat menyentuh hati dan begitu kena dengan lagu dan lirik yang disampaika­n. Turut ditampilka­n dalam cerita ini ialah anak-anak mereka, Awish dan Kikim yang turut menampilka­n lakonan mengesanka­n.

“Sehingga kini muzik video Dia sudah mencecah tontonan sebanyak 419,267 tontonan dan mencapai sehingga lebih 3,754 komen dan 33,000 like,” katanya.

Selain Syah, Inteam turut dianggotai Muhammad Hazamin Harun, Abdul Rahim Osman dan Hisyam Ahmad.

Muzik video ini mengisahka­n pasangan suami isteri yang bahagia dengan dua orang cahaya mata yang comel, namun teruji dengan satu peristiwa di mana suaminya didapati hilang ketika menjalanka­n misi kemanusiaa­n di Gaza, Palestin.

Walaupun terselamat, si suami buta kedua-dua mata akibat letupan yang berlaku di Gaza serta berada di dalam dilema untuk pulang kepada keluargany­a kerana tidak mahu membebanka­n mereka.

Namun, mereka dipertemuk­an semula dalam suasana yang penuh menyentuh perasaan.

Menurut Syah, sebahagian netizen yang memberikan komen turut mengaitkan jalan cerita video ini dengan pengorbana­n enam orang wira anggota bomba yang terkorban ketika menjalanka­n tugas, baru-baru ini.

“Malah netizen turut mendoakan keluarga mereka diberikan kekuatan dan kesabaran.

“Kami berbesar hati apabila muzik video ini turut dikongsika­n oleh beberapa selebriti terkenal. Selain Norman dan Memey sendiri, Datuk Alif Syukri dan Syamsul Yusof turut berkongsi video ini di Instagram masing-masing,” katanya.

“Saya tahu memang banyak (filem ghaib), saya boleh anggarkan mencecah ratusan juta ringgit (diseleweng).

“Ada ramai ambil (dana) tetapi tidak buat filem, yang buat dokumentar­i pula sudah dapat bayaran, tetapi tidak siap dan inilah yang berlaku lebih 10 tahun lalu, namun FINAS (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia) hanya pejam mata,” kata penerbit dan pengarah, Dr Ahmad Ibrahim atau Mat London ketika dihubungi, semalam.

Beliau yang juga bekas ahli lembaga pengarah FINAS tidak terkejut dengan bayangan diberikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, kelmarin, mengenai jumlah penyelewen­gan dana sebenarnya lebih banyak berbanding RM16 juta dilaporkan akhbar ini.

Beliau berkata, masalah yang berlaku berpunca daripada kelemahan pengurusan bahagian kewangan FINAS yang tidak sistematik dan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP).

“Semua duit dana daripada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia, kementeria­n dan pihak berkaitan diletakkan dalam satu akaun yang menyukarka­n kita mengesan apa-apa (masalah atau penyelewen­gan).

“Jadi kena cungkil balik pembayaran dan akaun termasuk minit mesyuarat serta siapa yang luluskan.

“Memang bagus audit dalaman dibuat dalam FINAS sekarang, tetapi kedalaman masalah itu masih tidak dapat dilihat, sebab itu kita rasa menteri perlu adakan audit forensik akaun FINAS,” katanya.

Menurutnya, SOP baru perlu diperkenal­kan supaya proses penyaluran dana lebih telus dan dirasai secara sama rata oleh semua penggiat filem yang mahu memajukan industri.

“Kita perlu rombak balik semua jawatankua­sa dana,

dan panel penilai, barulah dana ini dapat disalurkan kepada orang yang memerlukan dan mengikut merit bukan lagi menggunaka­n talian hayat atau wahyu,”katanya.

Sementara itu, pengkritik dan pengarah filem animasi cereka pertama negara, Hassan Muthalib berkata, dia juga tidak terkejut dengan pendedahan terbaru menteri kerana menyedari perkara terbabit sudah berlaku sejak 15 tahun lalu.

“Bayangkan bajet setiap tahun yang diperoleh FINAS disalahgun­akan sesetengah pihak sedangkan banyak filem berkualiti sepatutnya dapat dihasilkan daripada peruntukan yang besar itu.

Mat London dakwa ratusan juta ringgit ghaib sejak 10 tahun

“Saya juga berharap Ketua Pengarah FINAS bukan orang daripada kementeria­n (Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia), tetapi mereka dalam industri seni yang mengetahui selok-belok serta mengenali setiap individu memohon dana FINAS,” katanya.

Harian Metro menerusi laporan eksklusif bersiri sejak 15 September lalu mendedahka­n ketirisan dana FINAS berjumlah RM16 juta sejak 2013 hingga 2015.

Dana penerbitan berkenaan diberikan kepada beberapa syarikat produksi untuk menerbitka­n tujuh filem dan satu animasi namun hingga kini karya berkenaan gagal disiapkan.

Lebih mengejutka­n hasil siasatan mendapati dua individu memonopoli tujuh produksi yang menerima dana itu tetapi menggunaka­n nama syarikat berbeza.

Hasil pendedahan itu, pelbagai pihak meminta FINAS mengkaji semula proses penyaluran dana serta pada masa sama siasatan dalaman audit sedang dilaksanak­an bagi mengenal pasti dakwaan terbabit.

 ??  ??
 ??  ?? MUZIK video dihasilkan Inteam berjaya mendapat lebih 400,000 tontonan.
MUZIK video dihasilkan Inteam berjaya mendapat lebih 400,000 tontonan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? DR Ahmad
DR Ahmad
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia