Harian Metro

Syamsul heret ‘penyamun’ Munafik 2 ke mahkamah

-

Kuala Lumpur: Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof, 34, mengambil tindakan mahkamah terhadap individu yang memuat naik dan menyebarka­n filem Munafik 2 di media sosial.

Menurut Syamsul, tindakan menyaman individu dikenali sebagai Muhammad Izwan Shah Kamal Shah itu adalah sebagai pengajaran dan menjadi pencetus kepada pembikin filem supaya tidak memandang ringan isu ini.

Syamsul yang ditemui di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berkata dia tidak hanya mewakili diri, filem arahannya dan syarikat produksi Skop Production­s Sdn Bhd (Skop) tetapi juga pembikin filem lain.

“Diharap si pelaku dikenakan hukuman yang setimpal. Kalau tidak, mereka akan terus bermaharaj­alela melakukan kerja-kerja haram sebegini,” katanya.

Syamsul tahu ada pihak yang memperleke­hkan tindakanny­a sekali gus mencabar undang-undang.

“Saya sangat kecewa dengan tindakan individu itu dan bagi saya, kalau dibiarkan ia akan menjadi barah dalam industri perfileman tanah air,” katanya.

Pihak Skop yang diwakili peguam Aizun Rohan dan Saiful Roger menghantar surat saman kepada individu berkenaan kira-kira jam 10.20 pagi semalam selepas memfailkan tindakan mahkamah terhadapny­a pada 8

Oktober lalu.

Sebelum itu, satu laporan polis berkaitan itu sudah dibuat di Balai Polis Setapak pada 20

September 2018.

Untuk rekod, individu berkenaan memuat naik dan menyiarkan filem Munafik 2 di Facebook miliknya yang menggunaka­n nama

Sasuke Kun dan di Instagram menggunaka­n nama profil @muhammad_izwan_shah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia