Harian Metro

Beli durian guna duit palsu

-

Seorang penjual kuih menangis teresak-esak di dalam kandang tertuduh sebaik dibacakan dua pertuduhan menggunaka­n wang palsu berjumlah RM500 di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Ridzuan Mat Nor, 35 sebelum ini pernah berdepan dua pertuduhan sama pada 20 Ogos lalu, sekali lagi didakwa di hadapan Hakim G Ramsesh, semalam.

Dia bagaimanap­un mengaku tidak bersalah sebaik kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan pertama, Ridzuan didakwa menggunaka­n wang palsu untuk membeli durian daripada Ee Lean Kew,

65, menggunaka­n enam keping not RM50 di tepi jalan besar Taman Asoka, Mantin, 11.30 pagi pada 20 Julai lalu.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menggunaka­n dua keping not RM100 untuk membeli durian daripada Muhammad Danish Izzman Sharizal, 17 di Kampung Tarun, Broga, Mantin jam 11.30 pagi pada 5 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Ridzuan yang diserang angin ahmar di kaki kiri mengaku tidak bersalah dan mahkamah menetapkan sebutan semula kes 14 November ini.

Timbalan Pendakwa Raya, Norshazwan­i Ishak menawarkan jaminan RM10,000 setiap pertuduhan sebelum peguam tertuduh, A Parthiban mengemukak­an rayuan.

Mahkamah memberikan jaminan RM7,000 setiap pertuduhan dan mengarahka­n Ridzuan melapor diri di Balai Polis Bangi, Selangor pada setiap Ahad minggu ketiga setiap bulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia