Harian Metro

ELAK LOPAK BERTAKUNG

- Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

Lans koperal maut terjatuh

motosikal bergesel lori

Seorang anggota polis maut dalam perjalanan ke tempat kerja apabila motosikal ditunggang­nya dilanggar sebuah lori di Kilometer 6 Jalan Lama Bentong-Gombak di sini, jam 7.45 pagi semalam.

Mangsa Lans Koperal Muhd Abdul A’zim Ishak, 30-an, bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Bentong Superinten­dan Yusuf Unis berkata, siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa dipercayai dari rumahnya di Mempaga 2 di sini, menuju ke tempat kerjanya di Bukit Aman, Kuala Lumpur manakala lori itu dari Kuala Lumpur ke Bentong.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori itu masuk ke lorong kanan kerana mahu mengelak lopak air yang bertakung sebelum bergesel dengan motosikal mangsa.

“Perlanggar­an itu menyebabka­n mangsa terjatuh dan cedera di kepala, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Yusuf berkata, kemalangan itu menyebabka­n motosikal mangsa rosak di bahagian depan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 8.02 pagi.

“Tujuh pegawai dan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong dikejarkan ke lokasi.

“Ketika tiba, kami mendapati mangsa dalam keadaan terbaring selepas terjatuh dari motosikal ditunggang­nya dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Bentong, di sini, untuk bedah siasat.

 ??  ?? MOTOSIKAL milik anggota polis yang maut selepas dilanggar lori di Kilometer 6 Jalan Lama Bentong-Gombak, Bentong, semalam.
MOTOSIKAL milik anggota polis yang maut selepas dilanggar lori di Kilometer 6 Jalan Lama Bentong-Gombak, Bentong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia