Harian Metro

MAHKOTA MAHARAN

- Ahmad Rabiul Zulkifli cnews@nstp.com.my

“Pengiktira­fan itu motivasi kepada saya untuk mencipta motosikal kustom yang lebih baik selepas ini,” kata Omar @ Maharani Jumiran, 48, pemenang tempat kedua Pertanding­an AMD World Championsh­ip of Custom

Bike Building di Jerman pada 3 hingga 7 Oktober lalu ketika dihubungi, kelmarin. Omar berkata, biarpun di tempat kedua, ciptaan motosikal kustom yang dipanggil Bone X itu berjaya meraih perhatian dan membuka mata seluruh dunia mengenai kemampuann­ya dalam industri itu.

“Memang menjadi impian saya sejak membabitka­n diri dalam bidang ini bertanding di pertanding­an membina motosikal kustom peringkat tertinggi di dunia itu.

“Akhirnya, usaha saya tercapai apabila memenangi pertanding­an motosikal binaan khas di dalam negara dengan mengalahka­n tujuh lagi pembina lain pada 2017.

“Kemenangan itu secara tidak langsung melayakkan saya mewakili negara ke Pertanding­an AMD World Championsh­ip of Custom Bike Building,” katanya yang berasal dari Kampung Bukit Kapar, Klang, Selangor.

Menurutnya, kemenangan­nya itu sudah dijangka berikutan mendapat ulasan dan pandangan positif daripada rakan pembina motosikal kustom yang lain.

“Selama enam bulan saya membina Bone X dengan kos RM60,000 dan ia disiapkan pada November 2017 menggunaka­n enjin klasik AJS Motorcycle satu silinder berkapasit­i 350

cc tahun 1967.

“Keistimewa­an enjin ini, ia mempunyai silinder yang panjang dan memberikan bunyi unik tersendiri.

“Saya mendapat ilham daripada seorang pembina dari Jepun iaitu Cikara Hagata. Hampir 90 peratus bahagian motosikal itu dibuat dengan tangan dan selebihnya melibatkan bahagian enjin, tayar dan pam brek,” katanya.

Menurutnya, selain warna krom berkilat menjadi tumpuan utama Bone X, dua spring di bahagian paling atas berfungsi sebagai penyerap hentak untuk tayar hadapan dan belakang adalah ciptaan pertama di dunia dan dibangunka­n sendiri olehnya.

“Saya bersyukur dan teruja kerana berpeluang mengharumk­an nama negara dalam bidang itu.

“Selepas ini saya akan membina motosikal kustom yang lebih luar biasa untuk memperoleh kemenangan sebagai juara pada pertanding­an sama pada 2020,” katanya.

Pada pertanding­an itu tempat pertama dimenangi peserta dari Russia dan ketiga peserta dari Hungary.

„ Lelaki perhabis enam bulan, RM60,000 bina motor kustom Bone X raih tempat kedua peringkat dunia

Saya mendapat ilham daripada seorang pembina dari Jepun, iaitu Cikara Hagata. Hampir 90 peratus bahagian motosikal itu dibuat dengan tangan dan selebihnya melibatkan bahagian enjin, tayar dan pam brek” Maharani Jumiran

 ??  ??
 ??  ?? PESERTA Pertanding­an AMD World Championsh­ip of Custom Bike Building di Jerman.
PESERTA Pertanding­an AMD World Championsh­ip of Custom Bike Building di Jerman.
 ??  ?? MAHARANI ketika dinobat tempat kedua pada Pertanding­an AMD World Championsh­ip of Custom Bike Building di Jerman.
MAHARANI ketika dinobat tempat kedua pada Pertanding­an AMD World Championsh­ip of Custom Bike Building di Jerman.
 ??  ?? TEMPAT pertama dimenangi peserta dari Russia dan ketiga peserta dari Hungary.
TEMPAT pertama dimenangi peserta dari Russia dan ketiga peserta dari Hungary.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia