Harian Metro

Muncul selepas tiga tahun

-

Dungun: Selepas tiga tahun menyepi, ikan barat-barat (unicorn filefish) kembali ke perairan Terengganu, sekali gus mengembali­kan semula senyuman nelayan yang menganggap­nya sebagai durian runtuh.

Dalam tempoh seminggu ini, empat nelayan di sini, berjaya mendaratka­n kira-kira 15 tan ikan terbabit yang dianggarka­n bernilai RM180,000.

Nelayan, Mohamad Abd Ghani, 57, berkata, ikan barat-barat yang bergerak secara berkumpula­n sudah tiga tahun tidak muncul di kawasan perairan

Terengganu, tetapi sejak minggu lalu ia dikesan ‘bermain’ pada jarak 80 batu nautika dari Kuala Dungun berhampira­n pelantar minyak Pulau A.

“Dalam tempoh itu juga, dua kali saya turun ke laut untuk menjejaki ikan ini dan berjaya memperoleh tangkapan sekitar 2.3 tan dengan pendapatan RM27,600 hasil daripada jualannya.

“Ikan barat-barat dijual antara RM9 dan RM10 sekilogram di pasaran tempatan namun kebanyakan hasil dieksport ke China pada harga RM10 hingga RM12 sekilogram,” katanya ketika ditemui.

Seorang lagi nelayan, Wan Yusof Wan Mohamad, 54, mengakui ikan barat-barat mendatangk­an rezeki berganda buat nelayan di daerah berkenaan dan Kemaman berikutan permintaan tinggi terhadapny­a.

Menurutnya, ikan barat-barat juga banyak di kawasan sempadan perairan Indonesia dan perjalanan untuknya ke sana mengambil masa 15 jam dari Kuala Dungun.

“Perjalanan lama itu berbaloi kerana tangkapan diperoleh lumayan.

“Ikan ini mencari makan di tengah laut dan sekiranya kekurangan sumber makanan, ia akan berenang menghampir­i kawasan pantai,” katanya yang sehingga kini berjaya mendaratka­n tangkapan sebanyak 4.2 tan.

Bahiyuddin Harun, 30, pula berkata, dia turun ke laut sejak Isnin lalu selepas dimaklumka­n rakannya di Kerteh memperoleh tangkapan lebih empat tan.

 ??  ?? NELAYAN menangkap ikan barat-barat yang banyak terdapat di kawasan perairan 80 batu nautika dari Kuala Dungun.
NELAYAN menangkap ikan barat-barat yang banyak terdapat di kawasan perairan 80 batu nautika dari Kuala Dungun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia