Harian Metro

Mayat dikesan bersabit kes dadah

-

Mayat lelaki yang ditemui dalam sebuah lombong di Jalan Kuari Tanjung Batu, Pantai Remis dekat Manjung, Rabu lalu, dipercayai ada kaitan dengan kes dadah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman berkata, susulan penemuan mayat itu, polis menahan tiga individu termasuk seorang wanita di sekitar Manjung.

“Siasatan mendapati mangsa adalah K Muthukumar berusia 43 tahun dan mangsa dipercayai dibunuh akibat gagal membayar wang hasil jualan dadah kepada seorang pengedar dan pembekal dadah iaitu seorang lelaki berusia 30 tahun.

“Siasatan lanjut membawa kepada tangkapan dua suspek iaitu seorang lelaki berusia 44 tahun dan wanita 27 tahun malam tadi (kelmarin),” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Menurutnya, susulan tangkapan pasangan terbabit, polis kemudian menahan seorang lagi lelaki dipercayai pengedar dadah.

“Mangsa yang dipercayai pengedar dadah kecil-kecilan gagal membayar wang hasil jualan dadah kepada suspek berusia 30 tahun yang disyaki pengedar dadah.

“Susulan itu suspek dipercayai mengarahka­n pasangan berkenaan menuntut wang daripada mangsa, namun berlaku pergaduhan dan mangsa ditikam dengan pisau di bahagian badan sebelum mayatnya dibungkus serta diikat dengan batu untuk ditenggela­mkan di dalam lombong itu.

“Bagaimanap­un, mayat mangsa kemudian dipercayai timbul selepas kembung sebelum ditemui penduduk berhampira­n,” katanya.

Dua remaja lelaki berusia 18 tahun dipercayai menjadi dalang jenayah curi motosikal di sekitar bandar raya ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman berkata, dua remaja terbabit digelar Geng Mirul LS dipercayai aktif menjalanka­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia