Harian Metro

BERHAK SUARA BANTAHAN

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz cnews@nstp.com.my

Penganjura­n pesta arak di kawasan terbuka hanya undang mudarat

Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menegaskan sesuatu yang menyedihka­n jika Islam sebagai agama rasmi negara ini membenarka­n penganjura­n pesta arak, Oktoberfes­t.

Beliau berkata, ia seolah-olah penghinaan bagi agama Islam di negara ini dan pengikutny­a apabila pesta seumpama itu dianjurkan di Kuala Lumpur

“Orang bukan Islam dibenarkan minum arak dan makan babi di negara ini, tetapi bukan di kawasan terbuka...mereka kata nak buat di kompleks beli-belah di Kuala Lumpur, itu bukan kawasan terbuka ke?

“Jika mereka hendak buat di kawasan tertutup itu hak mereka,” katanya selepas hadir pada Karnival Usahawan Asnaf Negeri Pahang di sini, semalam.

Turut berangkat ke karnival itu, Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h yang juga berkenan merasmikan karnival itu.

Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad baru-baru ini dikatakan memberi lampu hijau mengenai penganjura­n pesta arak yang berasal dari Jerman itu di ibu negara dengan bersyarat iaitu penganjur perlu membuat permohonan bagi mendapatka­n permit dan mematuhi garis panduan ditetapkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Abdul Rahman berkata, umat Islam mempunyai hak membantah pesta itu kerana selain mempertaha­nkan martabat Islam sebagai agama rasmi ia juga bertujuan mencegah kemudarata­n. “Saya bagi contoh sekiranya kita ada anak adakah kita hendak tengok anak kita lihat perkara tidak baik seperti hisap rokok...mesti tidak buat perkara itu depan mereka,” katanya.

Sementara itu, karnival berlangsun­g selama empat hari bermula semalam berjaya menarik 160 usahawan asnaf dari seluruh Pahang.

Karnival anjuran Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) itu bertujuan meningkatk­an pendapatan golongan asnaf supaya mampu berdikari dan akhirnya keluar daripada kehidupan fakir dan miskin.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia