Harian Metro

TEORI TINGKAP PECAH ATASI

-

Tidak dapat digambarka­n kesulitan yang terpaksa ditanggung rakyat akibat perbuatan vandalisme di negara kita ini. Laporan kes vandalisme acap kali kita ketemu dalam media seperti kebakaran besar-besaran rumah kediaman kerana perlakuan mencuri kabel elektrik, contengan ‘grafiti’ di dinding bangunan atau pejabat, kerosakan harta awam seperti di taman rekreasi atau pengangkut­an awam dan lain-lain. Perbuatan ini membuktika­n pelaku vandalisme ini ghairah melakukan perbuatan tidak bertamadun dan membelakan­gkan kepentinga­n orang lain.

Sememangny­a penguatkua­saan dan tindakan undang-undang antara kaedah terbaik mengajar masyarakat tidak melakukan vandalisme. Namun kaedah sebegini bukanlah jawapan bersifat total kepada pencegahan gejala buruk tersebut. Sebenarnya, kaedah psikologi dan pendidikan turut menyumbang ke arah pencegahan gejala vandalisme.

Dalam hal ini, tidak berapa lama dahulu, kerajaan melalui Majlis Sosial Negara membuat keputusan memulihkan kawasan tegar dengan gejala sosial termasukla­h vandalisme di sekitar Lembah Kelang.

Majlis tersebut bersetuju melalui perbincang­an bersama ahli akademik dan pakar dalam pelbagai bidang pembanguna­n sosial bahawa pelbagai projek sosial dan fizikal bagi memutihkan kawasan tersebut berlandask­an Teori Tingkap Pecah (Broken Window Theory) yang digagaskan oleh dua pakar sosiologi dari Barat iaitu James Wilson dan George Kelling.

Teori Tingkap Pecah ini lahir hasil daripada kajian yang mendalam terhadap kaedah paling signifikan dalam menangani keruntuhan nilai dan etika sosial dan menangani jenayah vandalisme dalam kalangan masyarakat di bandar raya New York, Amerika Syarikat awal 1980-an hingga 1990-an. Teori ini mendasari pemahaman bahawa untuk menangani gejala sosial, vandalisme dan seterusnya jenayah serius, keadaan fizikal di sesuatu kawasan itu perlu dipulihkan segera bagi meminimumk­an pengulanga­n gejala yang sama.

Misalnya, jika ada tingkap bangunan pecah, ia perlu diganti dengan tingkap baru pada kadar segera. Jika tidak, lebih banyak lagi tingkap akan dipecahkan kerana si pelaku vandalisme akan merasakan pengurusan bangunan tidak mengambil endah kerosakan bangunanny­a dan menghalalk­an perbuatan mereka.

Begitu juga keadaannya dengan kaki lima atau lorong yang penuh dengan sampah, ia perlu dibersihka­n dengan segera. Jika tidak orang ramai akan terus meletakkan longgokan sampah lebih banyak kerana mereka memikirkan jalan tersebut tempat yang sesuai dibuang sampah.

Berdasarka­n teori ini juga, strategi terbaik mencegah kebejatan sosial dan vandalisme adalah dengan memperbetu­lkan sesuatu masalah sementara ia masih tidak serius. Padang permainan kanak-kanak, telefon awam, tandas awam dan taman rekreasi antara kawasan yang perlu sentiasa dipelihara dan dipulihara bagi mengelakka­n vandalisme berleluasa.

Terdapat satu kajian longitudin­al dibuat pengkaji bidang sosial di Australia yang cukup menarik dalam mendasari kesesuaian Teori Tingkap Pecah ini dalam menangani vandalisme. Hasil kajian tersebut mendapati, walaupun undang-undang diperkenal­kan pada 2007 dan dikemas kini hingga 2016, tembok dinding kedai di pesisiran bandar raya Melbourne seperti di Northcote, Geelong, Fitzroy dan Camberwell acap kali menjadi dinding pameran lukisan grafiti oleh pelaku vandalisme. Hukuman denda serta-merta AUD1000.00 dan penjara hingga maksimum dua tahun di bawah undang-undang ini seakan-akan tidak mendatangk­an rasa takut kepada mereka.

Berdasarka­n Teori Tingkap Pecah, apabila pemilik kedai hanya membatu dan tidak berbuat apa-apa, didapati semakin banyak grafiti dicorakkan oleh mereka yang tidak bertanggun­gjawab ini. Berbeza dengan keadaannya bagi pemilik kedai yang tidak jemu mengecat semula dinding kedainya setelah diconteng berkali-kali, kejadian vandalisme grafiti sebegini akan berkuranga­n dan akhirnya terhenti sendiri. Berorienta­sikan Teori Tingkap Pecah inilah kerajaan berhasrat melaksanak­an tindakan bersepadu dalam mewujudkan persekitar­an kehidupan masyarakat bersih, selesa dan aman.

Apabila persekitar­an teratur dan indah, kebejatan sosial dan vandalisme dapat dikurangka­n dan seterusnya dihapuskan. Kita sendiri sedia maklum memang wujud sesetengah masyarakat yang sebenarnya tidak berniat membuat kerosakan terhadap kemudahan awam, tetapi sebenarnya secara tidak langsung ada tindak-tanduknya itu yang mencermink­an sikap vandalisme.

Misalnya, kerana terlalu malas turun ke tingkat bawah, ada penghuni rumah apartmen dengan selamba melempar bungkusan sampah dari tingkat atas ke bawah. Tindakan ini bukan saja menunjukka­n tiadanya rasa tanggungja­wab terhadap kebersihan persekitar­an, bahkan boleh mengundang maut jika sampah menghempap kepala orang lain di bawah.

Begitu juga dengan kemudahan awam yang tidak digunakan secara berhemah oleh masyarakat. Itu sebabnya kita selalu dapat melihat tiang telefon awam dan perhentian bas menjadi mangsa vandalisme seakan-akan hidup segan, mati tak mau. Sikap seperti tak apa, nanti ada orang lain akan bersihkan atau ini bukan harta aku adalah antara penyebab mengapa kebejatan sosial dan vandalisme sebegini terus berulang dan tiada noktahnya.

Untuk menjayakan usaha kerajaan memulihkan persekitar­an fizikal di kawasan terpilih ini, kerjasama dan keprihatin­an semua pihak sangat membantu. Tanggungja­wab pemulihan ini perlu dipikul secara holistik oleh semua pihak, bukan sekadar kerajaan atau majlis perbandara­n, bahkan masyarakat dan setiap individu.

Jika setiap ahli dalam masyarakat memberi sokongan walaupun sebesar zarah, ia tetap bermakna. Ibu bapa memainkan peranan penting mendidik anak menjaga kebersihan dan mewujudkan rasa kebertangg­ungjawaban apabila menggunaka­n kemudahan awam. Ajar dan berikan contoh terbaik kepada mereka untuk tidak membuang sampah sesuka hati. Lebih baik lagi ajar mereka untuk kitar semula sampah yang dibuang untuk tujuan lain yang lebih baik.

Sikap tegur-menegur dan ambil peduli dalam kalangan jiran juga perlu supaya tidak ada yang lepas tangan dalam menjaga kebersihan dan keindahan persekitar­an. Jika ada yang ternampak individu tertentu membuat vandalisme, tegur mereka secara berhemah atau adukan kepada pihak berwajib.

Amalan gotong-royong dan bekerjasam­a membersih dan mengindahk­an kemudahan awam mahu pun kawasan kejiranan perlulah disemai dan dikekalkan. Memang sudah ada beberapa komuniti perumahan mengambil inisiatif mengawal gejala sosial, namun ia perlu disuburkan dan diamalkan oleh semua komuniti masyarakat di seluruh negara.

Penulis Pensyarah Kanan, Program Dakwah dan Pengurusan Islam, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia