Harian Metro

KHABIB DAN MMA

-

„ Keterbatas­an akal fikiran manusia perlu wahyu sebagai penyuluh

Manusia sering bersikap seperti tujuh si buta menerangka­n seekor gajah. Yang memegang kaki menganggap gajah seperti tiang.

Manakala yang memegang telinga menganggap gajah leper dan lembut. Macam-macam persepsi, hanya yang celik akan dapat menerangka­n bentuk gajah secara lebih menyeluruh.

Itupun masih ada batasannya. Begitu juga jurufoto, sudut objek yang diambilnya sangat terbatas. Mungkin dari tepi, atas atau dari depan sahaja.

Semakin mahir dan canggih kameranya, semakin menyeluruh kepelbagai­an sudut fokusnya. Bagaimanap­un, apa yang mampu dimuatkan dalam gambarnya ialah apa yang difokuskan sahaja.

Terdapat pelbagai pertarunga­n pemikiran kesan daripada mentaliti sempit atau luas yang diperjuang­kan. Ada yang memandang dari kaca mata maslahah individu.

Ada yang memandang dari kaca mata maslahah umum atau menggabung­kan kedua-duanya.

Dalam serba keterbatas­an, umat berhajat kepada kebijaksan­aan para ilmuwan untuk mengajar Fiqh al-Awlawiyat iaitu mengajar bagaimana meletakkan segala sesuatu peringkat yang sebenar dengan pertimbang­an keadilan, sama ada mengenai perbuatan, pemikiran, hukum-hakam dan nilai-nilai akhlak mulia.

Sudah tentu ada khilafnya nanti. Umat akan lebih bersatu apabila perkara paling penting didahuluka­n dan diutamakan. Kemudian baru yang penting, kurang penting dan seterusnya mengikut pandangan syariat Islam bersumberk­an wahyu Ilahi.

Wahyu adalah penyuluh akal fikiran manusia. Tanpa cahaya wahyu, akal fikiran akan gelap teraba-raba. Kita mahukan segala perkara diletakkan pada kedudukan dan tempatnya secara adil tanpa ada bahagian diabaikan.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan Allah meninggika­n langit dan Dia meletakkan neraca (keadilan). Supaya kamu jangan melampaui batas neraca itu.” (Surah al-Rahman, ayat 8-9)

Sering kali kita mendengar sabda nabi mengenai perbuatan paling utama dan pekerjaan paling disukai Allah. Para sahabat nabi sering bertanya mengenai perbuatan utama di sisi Allah supaya mereka dapat menjadi orang pertama melakukann­ya.

Tidak hairanlah, zaman nabi dan para sahabat menjadi sebaik-baik zaman untuk dicontohi. Jiwa dan motivasi mereka cukup besar.

Itu membezakan darjat dan peringkat manusia disebabkan ilmu pengetahua­n, amal perbuatan, takwa, keikhlasan dan jihad mereka.

Allah berfirman yang bermaksud: “Kemudian Kami jadikan al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami, maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahk­an ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata).” (Surah Fatir, ayat 32)

Antara keutamaan dinyatakan Rasulullah dan sering dikejar sahabat ialah: “Solat berjemaah lebih utama dua puluh tujuh darjat daripada solat sendirian.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam keutamaan lain, Nabi menyebut, “Berdiri di medan jihad (ribat) sehari semalam, lebih utama (ganjaranny­a) daripada puasa dan qiamullail (solat malam) sebulan lamanya.” (Riwayat Imam Ahmad, Muslim dan al-Tirmizi)

Dalam dunia Muslim hari ini, apa asas keutamaan penilaian kita? Adakah kesenian dan hiburan lebih diutamakan berbanding ilmu pengetahua­n dan pendidikan? Kedua-duanya perlu ada, tetapi yang mana lebih utama?

Adakah riadah badan buat generasi muda lebih diutamakan berbanding riadah akal? Kedua-duanya penting namun yang mana lebih utama?

Baru-baru ini, dunia dikejutkan dengan kemenangan mengagumka­n Khabib Nurmagomed­ov, ahli seni bela diri campuran (MMA) beragama Islam dari Russia dalam pertarunga­n di pentas Ultimate Fighting Championsh­ip (UFC).

Apa yang membanggak­an, beliau sentiasa menjelaska­n fiqh keutamaann­ya, “Pada aku, agama adalah nombor satu. Sukan (UFC) bukan nombor satu.”

Itu kekuatan dalaman sebenar yang umat perlukan. Apabila kita benar-benar sedar Allah adalah keutamaan, kita akan menjadi insan cemerlang dalam segala hidup yang dilakukan.

Atas pertimbang­an ilmu fiqh keutamaan itu, dalam sebuah institusi keluarga, ada perbincang­an para ulama berkaitan monogami dan poligami.

Kes memang berbeza namun secara umumnya mana lebih utama? Monogami atau poligami? Ia satu manfaat ilmiah yang perlu kita tahu dan sebarkan kepada masyarakat.

Ia tidak bertujuan untuk merendahka­n sesiapapun yang berpoligam­i. Bahkan, kita perlu berbaik sangka dengan pilihan seseorang.

Lebih-lebih lagi apabila kita tidak tahu latar belakang permasalah­an keluargany­a. Manfaat ilmiah itu penting bagi menyeimban­gkan kembali jenaka yang sering dicetuskan dalam majlis dan tulisan yang sering kali menghiris hati banyak pihak dalam isu berkenaan.

Kita mungkin terlalu fokus pada sudut pandang hikmah poligami semata-mata hingga terlupa hikmah berkahwin satu dan keutamaann­ya dalam Islam.

Akibatnya, ada segelintir masyarakat Islam dan bukan Islam tersalah faham Islam yang mula memperkena­lkan dan menggalakk­an poligami.

Kemudian, ada pihak kecewa dengan realiti itu lantas secara ekstrem mengharamk­an terus poligami. Banyak aduan suami menganggap poligami satu kewajipan dan galakan agama (sunnah) hinggakan isteri yang enggan dihukum kafir, berdosa besar, nusyuz, derhaka, tidak taat dan sebagainya.

Lelaki dan wanita perlu menjiwai keadilan Islam. Kita perlu celik hukum dan amanah menerangka­n skala pertengaha­n (wasatiyyah) dalam isu sensitif berkenaan.

Tidak ekstrem menggalakk­an dan tidak juga ekstrem mengharamk­annya. Biar masyarakat tahu sudut hukum syarak dan perundanga­n Islam. Lelaki mempunyai hak berpoligam­i dan wanita juga ada hak tidak mahu dimadukan. Lelaki ada hak memulakan perceraian dengan lisannya, wanita juga ada hak memulakan perceraian dengan tebus talak.

Semuanya mesti berlaku di hadapan pihak berkuasa. Jika ramai wanita belum mengetahui hak itu, bererti ilmu berkaitan belum tersebar secara menyeluruh.

Mahkamah pula berhak menghalang sebarang risiko mudarat yang lebih besar.

Itu antara keindahan hukum Islam yang holistik memahami setiap sisi hidup manusia.

Perbincang­an mengenai fiqh keutamaan bukan sesuatu yang asing. Para sahabat sentiasa berlumba-lumba mengetahui amal paling utama sesuai dengan keadaan diri, tempat dan zamannya.

Semoga Allah melorongka­n kita membuat pilihan tepat, menjauhkan daripada pilihan salah.

Tidak menghukum kita pada perkara yang kita terlupa dan tersalah.

Penulis pendakwah dan penulis buku

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia