Harian Metro

‘TIDAK ADIL’

- Sharifah Mahsinah Abdullah cnews@nstp.com.my

„ Keluarga 3 beranak maut dibunuh tidak setuju

Keluarga tiga beranak yang maut dibunuh seorang lelaki bersenjata­kan pisau dan tukul di Wakaf Mek Zainab di sini, tahun lalu tidak bersetuju dengan cadangan pemansuhan hukuman mati mandatori.

Kha Eng Choon, 52, menyifatka­n keputusan memansuhka­n hukuman itu sebagai tidak adil kepada keluarga mereka yang kehilangan ahli keluarga disebabkan sikap tidak perikemanu­siaan pesalah.

Menurutnya, kerajaan sepatutnya menilai implikasi tindakan itu terlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan.

“Jika hukuman mati mandatori dihapuskan, apa lagi bentuk hukuman yang sesuai untuk pesalah yang tidak berhati perut dan tiada perikemanu­siaan yang sudah membunuh tiga ahli keluarga saya.

“Sedangkan hukuman itu kami berasa tidak berbaloi untuk pesalah sepertinya yang menyebabka­n anak saudara saya hilang ibu bapa mereka,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dalam kejadian 15 November tahun lalu, peniaga, Kha Eng Ni, 42, bersama isterinya, Chua Joo Seok, 37, dan anak lelaki mereka, Kha Zee Hanz, 13, maut selepas ditikam dengan pisau dan dihentak dengan tukul serta besi.

Tragedi berlaku di rumah yang dijadikan stor penyimpana­n barang di Taman Bahagia, Jalan Wakaf Mek Zainab, jam 2.30 petang.

Pekerja pasangan itu dikenali Sharat Eh Wang@Pot, 32, dari Kampung Jubakar Darat, Tumpat dipercayai suspek utama dalam kes pembunuhan itu.

Menurut Eng Choo, dia kini mengambil alih tugas menjaga dua lagi anak mendiang adiknya yang terselamat daripada tragedi itu.

“Saya berharap kerajaan pertimbang­kan semula keputusan memansuhka­n hukuman itu.

“Demi pembelaan untuk kami yang kehilangan ahli keluarga,” katanya.

Kelmarin dilaporkan Kabinet bersetuju hukuman mati mandatori bagi semua kesalahan dimansuhka­n di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong dilaporkan menyatakan bahawa Rang Undang-Undang (RUU) bagi memansuhka­n hukuman mati mandatori dijangka dibentangk­an pada Sidang Dewan Rakyat akan datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia