Harian Metro

Penjenayah terdorong buat pembunuhan

-

Shah Alam: Waris mangsa bunuh, bakar dan abu mayat dibuang dalam sungai dalam kejadian di sebuah bengkel Jalan Pahang, Tapah tiga tahun lalu tidak bersetuju dengan pemansuhan hukuman mati mandatori yang diumumkan kerajaan.

Anak mangsa yang enggan dikenali berkata, tidak adil untuk keluarga mangsa jika pesalah yang terbukti melakukan jenayah itu tidak dikenakan hukuman sewajarnya.

“Sebagai anak, saya amat kecewa kerana kes bunuh bapa saya ditutup begitu sahaja kerana dikatakan kekurangan bukti dan penjenayah berkenaan juga sudah dibebaskan selepas ditahan selama dua tahun.

“Kami merasakan tindakan ini (tidak mendakwa suspek) tidak adil kerana penjenayah bukan sahaja membunuh seorang, tetapi empat orang. Malah, kami juga mengalami kesukaran dalam beberapa urusan kerana tiada sebarang dokumen pengesahan bapa sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi.

Justeru, katanya, dia amat memahami apabila ramai yang tidak bersetuju hukuman mati mandatori dimansuhka­n terutamany­a keluarga mangsa kerana mereka kehilangan ahli keluarga akibat perbuatan pesalah berkenaan.

Katanya, jika pemansuhan itu diteruskan, undang-undang dilihat lebih longgar dan tidak mustahil penjenayah akan lebih berani untuk melakukan pembunuhan.

“Selain itu, kerajaan terpaksa mengeluark­an perbelanja­an untuk menguruska­n lebih ramai banduan termasuk yang sudah dijatuhi hukuman mati dan kami sebagai rakyat menyumbang kepada perbelanja­an itu melalui cukai,” katanya.

Pada Februari 2016, waris mangsa menyuaraka­n tidak puas hati terhadap keputusan mahkamah yang membebaska­n dua suspek selepas direman selama 59 hari mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Jenayah 2012 (POCA).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia