Harian Metro

KAMAL HAASAN SOKONG ANWAR

- Rizanizam Abdul Hamid dan Veena Babulal cnews@nstp.com.my

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kejutan manis daripada pelakon filem Tamil terkenal, Kamal Haasan ketika kempen hari terakhir, semalam.

Ia susulan tersebarny­a rakaman video pelakon berusia 63 tahun itu yang baru menceburi politik India dengan menyatakan sokonganny­a terhadap Anwar bagi PRK Port Dickson menjelang pengundian hari ini.

Menerusi video selama satu minit 47 saat itu yang dipercayai mula tersebar malam kelmarin, Kamal menyifatka­n Ketua Umum PKR itu yang juga rakannya sebagai ‘sinar harapan’ kepada Malaysia.

Menurutnya, malah PRK Port Dickson akan membawa Anwar ke Parlimen sebagai tempat yang selayaknya.

“Dalam iklim politik global yang mengingink­an pemimpin boleh diteladani, mempunyai pemahaman sempurna, Anwar adalah contoh yang sempurna dan memberikan harapan.

“Penduduk Port Dickson berpeluang memulakan episod hebat dalam sejarah Malaysia dengan membawa Anwar kembali ke Parlimen.

“Pada kesempatan ini, saya gembira dan berharap Anwar serta rakyat Malaysia menjadi yang terbaik untuk memulakan perjalanan baru ini,” katanya.

Kamal turut berkongsi kegembiraa­n kerana rakannya itu mendapat pengampuna­n Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, usaha Anwar itu dengan sendirinya bakal memperkuku­hkan hubungan Tamil Nadu dengan Malaysia.

Kamal melancarka­n Makkal Needhi Maiam atau Pusat Keadilan Rakyat pada Februari lalu, iaitu parti politik beribu

Pelakon Tamil terkenal sifatkan calon PH bawa ‘sinar harapan’

pejabat di Tamil Nadu.

Parti itu bakal menyertai pilihan raya buat kali pertama pada proses pengundian umum India yang berkemungk­inan diadakan pada musim bunga apabila Perdana Menteri, Narendra Modi bertanding untuk penggal kedua.

 ??  ?? KAMAL ketika meluahkan sokongan terhadap Anwar dalam video berdurasi satu minit 47 saat. ANWAR beramah mesra dengan orang ramai di sebuah restoran pada hari terakhir berkempen sempena PRK di Port Dickson, semalam.
KAMAL ketika meluahkan sokongan terhadap Anwar dalam video berdurasi satu minit 47 saat. ANWAR beramah mesra dengan orang ramai di sebuah restoran pada hari terakhir berkempen sempena PRK di Port Dickson, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia