Harian Metro

Makan malam percuma tak boleh

-

Port Dickson: Jawatankua­sa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) menegur beberapa aktiviti yang tidak sepatutnya berlaku dalam kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi jawatankua­sa itu Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, antara aktiviti terbabit adalah kehadiran dua menteri di sini, jamuan makan malam percuma dan kehadiran isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atas kapasiti Timbalan Perdana Menteri.

“Menteri datang dan buat janji sepatutnya tidak berlaku pada masa ini (tempoh kempen). Datang masa lainlah.

“Berkenaan makan malam percuma, itu tidak boleh. Pihak lain juga jangan anjurkan makan malam percuma bagi pihak calon kerana itu adalah kesalahan.

“Kehadiran Dr Wan Azizah atas kapasiti isteri dan Presiden PKR tidak menjadi kesalahan namun memperkena­lkan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam majlis dihadiriny­a adalah (kurang tepat) dan

(kurang sesuai),” katanya dalam sidang media, di sini, semalam.

Abdul Rashid berkata, berbanding kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu, tidak banyak penyalahgu­naan jentera dan kemudahan kerajaan dilakukan ketika ini.

Katanya, malah kesalahan yang berlaku disifatkan sebagai ‘tidak disengajak­an’ dan terbawa-bawa dengan amalan lama.

Beliau berkata, ERC yang diberi masa dua tahun untuk melakukan kajian penambahba­ikan pilihan raya oleh kerajaan, menjangkak­an perubahan sepenuhnya dalam sistem di Malaysia boleh dilihat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia